(**)New York, Milan, Paris ataupun London, pentas peragaan Minggu Fesyen selalu dipenuhi dengan kehadiran para model yang datang dari latar belakang, suku dan negara yang berbeza.
(**)Melihatkan kulit wajah yang mulus dan rambut serba indah, tentu kita cemburu apatah lagi ingin tahu rahsia kecantikan yang mereka amalkan, mungkin dari rahsia ramuan turun-temurun. Selain itu, Minggun Fesyen juga menyebabkan mereka ini tidak mendapatkan rehat yang cukup dan keadaan kulit juga pasti terpengaruh.
(**)Jadi, apa rahsia mereka bagi mengekalkan kelembapan wajah?
(**)Lineisy Montero, Republik Dominican
(**)“Untuk wajah, saya pakai skrub yang dibuat daripada gula dan madu, biarkan selama 10 minit di wajah dan bersihkan pakai air sejuk. Rawatan ini saya dapat dari mama.”
(**)Imaan Hammam, Belanda
(**)“Saya menjaga wajah tetap lembab dengan memakai minyak argan dan minyak zaitun. Saya juga memakai topeng wajah yang diajarkan mama, topeng ini dibuat daripada campuran madu dan saffron. It ‘s the best mask ever! Mamaku yang berasal dari Maghribi masih memakai topeng ini dan di usianya yang mencecah 60 tahun, dia masih kelihatan awet muda.”
(**)Herieth Paul, Tanzania
(**)“Mendapatkan sinar matahari sebanyak mungkin kerana matahari adalah penyembuh semula jadi. Sinar matahari mampu membunuh bakteria dan memberi warna yang baik untuk kulit.”
(**)Ruth Bell, Inggeris
(**)“Saya tinggal di kawasan pantai di England dan itu sudah cukup membuatkan kulit muka bertambah baik. Saya merasa lebih sihat tinggal di tepi laut dan garam laut membantu rambut jadi kelihatan indah berkat natural salt spray.“
(**)Marcelina Sowa, Poland
(**)“Madu adalah rahsia kecantikan wajahku. Madu dicampur dengan gula dan lemon untuk eksfoliasi bibir.Untuk di wajah pula, saya campur dengan sedikit minyak zaitun dan biarkan beberapa minit agar ianya lebih meresap ke dalam kulit.”
(**)Candice Swanepoel, Afrika Selatan
(**)Ini adalah tips untuk menghadapi musim panas daripada model yang berasal daripada Afrika Selatan ini. Memandangkan kita tinggal di negara bercuaca panas sepanjang tahun, tips daripada Candice ini mungkin berguna.
(**)Candice sangat menitikberatkan soal perlindungan matahari. Memakai krim perlindungan matahari yang mempunyai kandungan SPF tinggi setiap hari walaupun cuaca tidak terik.
(**)Sentiasa memastikaan beg mekapnya mempunyai item diperlukan ketika pergi mengembara. Antara yang menjadi kegemarannya ialah pencuci muka, toner, pelembap, krim tabir suria, dan body oil. Minyak Bio-Oil merupakan pilihannya.
(**)Kerjayanya yang sentiasa menuntut dia berada di lautan sepanjang masa membuatkan dia banyak menggunakan pelbagai jenis krim dan minyak pada rambut. Menurutnya, jika di Brazil, sudah menjadi perkara normal untuk membawa produk rambut dan sikat ke pantai. Orang di sana mewarnakan rambut ketika berjemur di tepi pantai. Jadi dia akan membawa semua produk rawatan rambut ke tepi pantai semasa berada di sana.
(**)Ketika bercuti, Candice akan mengelak daripada bersolek. Jika dia keluar untuk berhibur pada waktu malam, dia hanya akan mekap minimal sahaja, blush dan maskara.
EmoticonEmoticon