Thursday 16 June 2016

SHHH… 9 CARA RINGKAS UNTUK ANDA KELIHATAN HEBAT WALAUPUN TIDAK MANDI!

Tags


(**)Siapa sahaja yang sentiasa dihurung kesempurnaan? Ah bohong! Definisi kesempurnaan itu hanyalah wujud dalam drama dan filem yang direka semata-mata tahu?

(**)Jadi, jangan khuatir jika anda tidak sengaja terbangun lewat dan kadang-kalanya situasi itu memaksa anda untuk bersiap tanpa membersihkan diri yakni MANDI secara teratur, lebih-lebih lagi jika keadaan terdesak seperti taman perumahan anda ketiadaan sumber air secara tiba-tiba.

(**)Di sini, admin ingin kongsikan tips dan cara bagaimana anda boleh berlagak seolah anda telah bersiram walaupun sebenarnya… anda TIDAK.

(**)#1 Gunakan tisu basah sebagai ganti air

(**)Tiada masa untuk mandi? Dapatkan tisu basah bayi untuk mengelap seluruh tubuh anda. Yang paling penting, sila fokus pada bahagian sulit anda. Sila guna kedua-dua belah tisu agar kuman tidak merebak ke bahagian badan yang lain. Setelah megelap satu bahagian dengan tisu, terbalikkan tisu berkenaan ke permukaan yang satu lagi untuk digunakan ke atas bahagian badan yang lain. Jelas?

(**)#2 Jika anda mempunyai ‘mata panda’ sejurus bangun dari lena, gunakan cecair penanggal solekan mata

(**)Ya, anda telah mencuci muka dan tanggalkan solekan sebelum anda tidur semalam, tetapi sisa solekan celak masih melekat pada permukaan bawah mata anda. Jangan lupa cuci sisa solekan berkenaan pada bahagian mata sebelum memakai lapisan celak yang baru. Jika tidak, memang kantoilah yang anda tidak mandi!

(**)#3 Jika kaki anda berbulu, cukur secara kering

(**)Bunyinya macam menyakitkan, walhal ianya langsung tidak akan menimbulkan kesakitan jika anda menggunakan krim pencukur yang betul. Terdapat banyak krim pencukur yang tidak memerlukan campuran air untuk anda sapukan keatas kulit. Anda boleh cari ia di mana-mana farmasi atau butik kecantikkan berdekatan. Krim pencukur itu juga bisa bertindak lebih baik daripada losyen. Anda boleh cuba guna krim pencukur pelembap jenama EOS. Anda juga boleh tiru cara Kylie Jenner mencukur kering permukaan kakinya. Tanpa menggunakan krim pencukur, beliau menyapu air keatas permukaan kulit dan terus mencukur.

(**)#4 Jika kulit anda bersisik dan mengelupas, gunakan cara berus kering

(**)Jika anda mahu menggayakan pakaian yang mendedahkan sebahagian besar kulit tubuh anda, atau mahu merakam imej #OOTD, ia bukanlah masa yang terbaik untuk menunjukkan kulit anda yang kering serta bersisik itu. Hakis segala kulit mati berkenaan menggunakan teknik berus kering.

(**)#5 Sapu losyen yang berbau sitrus pada badan

(**)Sitrus terdapat pada buah-buahan yang berasid seperti limau, lemon, oren, dan sebagainya. Jika anda mahu berbau segar dengan segera. Lulur badan anda dengan losyen yang berasaskan bahan sitrus. Selain bisa melembabkan kulit kering anda, ia juga akan menampakkan keadaan kulit anda yang lebih mulus dan licin. Yang paling penting, walaupun anda tidak mandi, anda masih berbau segar seolah baru keluar dari taman botani yang dikelilingi kebun oren!

(**)#6 Guna semburan minyak wangi!

(**)Boleh guna apa sahaja minyak wangi pilihan anda, tetapi utamakan minyak wangi yang mengandungi nota bauan sitrus. Ia akan menyumbangkan bau nyaman kepada anda. Antara haruman yang mempunyai nota bauan sitrus adalah Fresh Hesperides Grapefruit Eau de Parfum atau Moschino Fresh Couture.

(**)#7 Guna syampu kering untuk rambut bersih walau tak mandi!

(**)Anda boleh gunakan syampu kering sama ada dalam bentuk semburan mahupun serbuk yang anda D.I.Y. Untuk teknik menggunakan syampu kering dalam bentuk semburan, halakan lubang semburan terhadap akar rambut anda, semburkan. Tunggu beberapa saat untuk syampu kering berkenaan menjalankan tugas pembersihannya terhadap rambut anda sebelum anda boleh mula mengurut dan menyikat rambut. Apabila cecair semburan itu telah kering, bermakna pembersihan telah dilakukan dengan sempurna! Hasilnya, anda kelihatan seperti baru membasuh rambut.

(**)#8 Guna minyak wangi khas untuk rambut

(**)Kadang-kala, rambut bisa berbau hapak disebabkan faktor persekitaran harian yang membuatkan rambut terdedah pada matahari serta percemaran. Oleh itu, gunakan minyak wangi yang dirumus khas untuk rambut seperti Cote d’Azure Hair Refresher atau Chanel Coco Mademoiselle Fresh Hair Mist.

(**)#9 Jika rambut terlalu berminyak guna cara ini

(**)Apa yang boleh anda lakukan jika rambut anda terlalu berminyak sehingga pembersihan syampu kering dan semburan minyak wangi pun tidak dapat buat rambut anda berbau harum? Mungkin anda boleh tundukkan kepala di sinki dan lekas menyampu dan membilas menggunakan air dari pili. Kalau anda memiliki rambut hadapan, anda boleh utamakan bahagian tersebut dengan menyampu ringkas, keringkan menggunakan pengering rambut. Siap!

(**)Selamat mencuba!


EmoticonEmoticon