Thursday 16 June 2016

TIPS PENTING! KAWAL STRESS UNTUK ELAK MASALAH KULIT WAJAH

Tags


(**)Sesak dalam traffic, lambat bangun pagi, kerja yang berlambak di pejabat – semua itu boleh membuatkan anda stress. Walaupun benda kecil tetapi mampu menyebabkan mood anda terus hilang.

(**)Sebenarnya banyak cara nak menghilangkan stress, salah satu yang terbaik adalah dengan ketawa. Ketawa mewujudkan suasana yang nyaman dalam perhubungan malah menukar suasana tegang kepada gembira. Suasana panas kepada sejuk. Betul orang kata ketawa mampu perbaiki aliran dan tekanan darah rendah.

(**)Bukan apa, stress ini kalau tak diatasi makin banyak masalah yang berlaku. Paling menyampahkan bila kulit wajah mula timbul benda yang diingini. Anda mesti tak nak bukan?



(**)Jerawat Mudah Tumbuh – Hormon yang disebabkan stress boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat. Pengeluaran minyak pada kulit sekali gus menyebabkan liang-liang roma tersumbat hingga kulit mudah diserang bakteria. Mungkin cara ini boleh membantu:

(**)Pilih produk yang mengandungi bahan seperti benzoil peroksida bagi membantu membunuh bakteria sebelum menyapu pelembap yang sesuai.
(**)Jangan amalkan tabiat memicit jerawat kerana semakin anda memicit, semakin rosak kulit dan meninggalkan kesan hitam.
(**)Gunakan ubat jerawat pada bahagian yang bermasalah.
(**)Elakkan juga menggosok bahagian bermasalah dengan skrub.
(**)Gunakan masker wajah mengikut jenis kulit anda.

(**)Kulit Menjadi Kering – Tekanan fikiran boleh menyebabkan perjalanan darah tidak lancar. Kadangkala ia mengalir terlalu sedikit dan kadangkala terlalu banyak sehinggakan perubahan kulit anda nampak ketara. Kulit kelihatan kering, pucat dan kemerahan. Oleh itu sebaiknya, gunakan produk ‘hypoallergenic’ dan mempunyai kadar pH rendah.

(**)Kulit Menjadi Sensitif Secara Tiba-Tiba – Untuk pengetahuan anda, penurunan sistem imun tubuh menyebabkan lapisan kulit epidermis yang mengandungi pelembap secara semula jadi turut berkurangan. Oleh itu, kulit mudah mengalami masalah seperti alahan, terdedah pada pencemaran selain tidak tahan dengan bahan kimia tertentu dari produk kecantikan khusus untuk kulit sensitif terutama produk yang mengandungi kandungan ‘aloe vera’ mahupun ‘camomile’.

(**)Wajah Semakin Berminyak – Stress menyebabkan pengeluaran hormon testosteron meningkat sekali gus menghasilkan minyak pada kulit secara berlebihan.  Hindari penyegar yang mengandungi alkohol. Rajin-rajinkan diri untuk membersihkan wajah dan selalu sediakan kertas penyerap minyak.

(**)Kulit Kusam – Regenerasi atau penggantian kulit yang tidak sempurna membuatkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Oleh yang demikian, lakukan rawatan wajah yang lebih mendalam bagi menanggalkan kesan sel-sel kulit mati. Antaranya adalah dengan menggunakan pencuci wajah yang mengandungi ‘glycolic’. Selain itu, awasi pemilihan makanan dan minuman, biasakan untuk menggunakan krim malam dan sebaiknya tambahkan suplemen untuk memberi zat pada kulit.

(**)Kedutan Halus Muncul – Hormon kortisol mengurangkan kolagen dan mengikat protein yang diperlukan oleh kulit. Malah ia juga boleh menyebabkan kadar peningkatan paras gula dalam darah sehingga merosakkan kulit kolagen di elastin sekali gus mempercepatkan timbulnya kedutan halus di permukaan kulit. Cara terbaik untuk menghindari masalah ini adalah dengan menggunakan krim wajah yang mengandungi retinol dan antioksidan bagi mempergiatkan lagi pengeluaran kolagen. Jika keadaan ini sangat serius, sebaiknya segera mendapatkan rawatan dari pakar.


EmoticonEmoticon