Sunday, 12 June 2016

Pilih 1 Dalam 10 Aktiviti Ini Untuk Asah Otak Sendiri

Tags


(**)Otak merupakan pusat kontrol yang mengendalikan hidup kita. Otaklah yang menentukan bagaimana cara kita berfikir dan berinteraksi dengan orang lain. Mengoptimumkan fungsi otak adalah suatu keharusan jika kita ingin mengeluarkan potensi diri semaksimal mungkin. Dengan melatih otak kita, akan terbentuk saraf baru yang dapat melindungi terhadap gejala demensia atau kepikunan.
             
(**)Nak tahu bagaimana cara yang dapat dilakukan untuk mencerdaskan otak kita? Inilah tipnya...

(**)1. Membaca

(**)Membaca dapat menentukan otot-otot otak dan membantu membangun “cadangan kognitif” untuk menunda timbulnya demensia.

(**)2. Mengaktifkan Tangan Kiri & Tangan Kanan
(**)Lakukan tugas dengan tangan non dominan. Jika biasanya dominan menggunakan tangan kanan, maka gunakan tangan kiri (kidal) dan sebaliknya.

(**)3. Belajar Bahasa Asing
(**)Penggunaan beberapa bahasa dapat meningkatkan saliran darah ke otak untuk menjaga kesihatan saraf.

(**)4. Ubah Rutin
(**)Dengan mengubah rutin dan pola hidup baru dapat mengaktifkan sel-sel otak yang sebelumnya tidak aktif.

(**)5. Latihan Fizikal dan senaman
(**)Latihan fizikal dapat meningkatkan kesihatan otak, meningkatkan perhatian dan memori. Misalnya olahraga lari, sel-sel tubuh yang diaktifkan dengan olahraga lari akan menghantar zat-zat molekul atau growth factors yang membuat saraf-saraf baru dan jaringan otak, sehingga membuat seseorang memiliki kemampuan kognitif yang lebih baik.

(**)6. Hidup Sosial
(**)Otak dapat dilatih dengan menjalani hidup sosial kita, misalnya dengan mengunjungi teman dan berinteraksi dengan orang lain. Jaringan sosial dapat memberikan perlindungan terhadap gejala seperti penyakit Alzheimer.

(**)7. Menikmati Muzik
(**)Selain mendengarkan muzik dan belajar memainkan instrumen muzik, para ahli saintis juga mencadangkan untuk mengaktifkan dua pancaindera sekali gus, misalnya mendengar muzik dan mencium bunga.

(**)8. Bermain Puzzel atau Teka-Teki Silang
(**)Teka teki silang, puzzle,  dan jenis puzzle lainnya dapat melatih otak khususnya otak kiri.

(**)9. Bermain Permainan Strategi
(**)Permainan strategi seperti catur, monopoli atau game komputer, akan menggunakan otak kanan yang dapat membantu orang untuk berfikir dengan lebih kreatif.

(**)10. Mencari Hobi Baru
(**)Latih otak untuk belajar keterampilan baru atau perkara yang belum pernah kita lakukan sebelumnya. Temukan sesuatu yang baru dan menarik untuk menjaga otak agar tetap aktif.


EmoticonEmoticon