Sunday 12 June 2016

Soal Jawab: Salah Ke Kalau Berhijrah & Diheboh-Heboh?

Tags


(**)Saya lihat sekarang ini sudah seperti menjadi fenomena, apabila selebriti atau orang yang terkenal mula berhijrah daripada kehidupan masa lampau yang jauh daripada agama kepada kehidupan beragama yang lebih baik, ini seakan-akan menjadi modal cerita dan publisiti.

(**)Sebagai contoh, ada artis perempuan yang mula bertudung, atau penyanyi rock yang mula insaf, atau pun seorang yang keliru identiti dan jantinanya mula kembali ke pangkal jalan.

(**)Adakah ini juga dipanggil berhijrah, sehingga perlu digembar-gemburkan? Walhal kewajiban mematuhi perintah Allah itu adalah sesuatu yang sudah ditetapkan. Apa pandangan Ustaz?

(**)JAWAPAN :
(**)Secara ringkas, hijrah dalam Islam berlaku pada beberapa keadaan:

(**)Hijrah pertama ke Habsyah ketika golongan kuffar menyakiti para sahabat.

(**)Hijrah kedua dari Mekah ke Madinah oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Hijrah ketiga iaitu hijrah pelbagai kabilah dan kaum kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk mempelajari hukum syarak. Kemudian mereka pulang ke halaman masing-masing dan mengajar kaum mereka sendiri.

(**)Hijrah keempat iaitu hijrah bagi siapa yang memeluk Islam di kalangan penduduk Makkah datang mengunjungi Nabi s.a.w kemudian pulang semula ke Makkah.
(**)Hijrah kelima iaitu sesiapa yang berhijrah daripada segala larangan Allah kepada kehidupan beragama yang lebih baik.

(**)Hijrah yang banyak berlaku kepada orang yang terkenal seperti selebriti sekarang ini bolehlah kita kategorikan dalam contoh yang kelima. Secara asasnya, semua orang Islam dituntut untuk berubah kepada sebuah kehidupan yang lebih baik daripada pandangan agama Islam.

(**)Cerita hijrah sebegini boleh dihebohkan dengan niat untuk menggalakkan semua lapisan masyarakat mencontohi amalan mulia ini. Cuma, orang yang berhijrah itu pula wajiblah memelihara niat dan hatinya agar tidak bermotif keduniaan yang akhirnya mencacatkan pahala hijrahnya.


EmoticonEmoticon