(**)Kulit berminyak selalunya membuatkan wanita rasa tidak yakin untuk keluar bersosial. Meskipun kulit berminyak berfungsi sebagai cairan yang mampu menjaga keremajaan kulit serta menjadikan kulit lebih kenyal, namun jika ia berlebihan akan mewujudkan masalah baru dan mencacatkan penampilan. Usah bimbang, tip berikut diharap dapat membantu.
(**)1. Cuci muka
(**)Menjaga kebersihan muka sangat penting. Sebaik-baiknya cuci muka dengan pembersih yang bersesuaian dengan kulit. Bagi mengelak minyak yang berlebihan, cukup dengan hanya membersihkan wajah dua kali sehari. Jika kerap membersihkan wajah, ia akan mengikis lapisan kulit wajah. Tindakan membersihkan wajah secara kerap ini juga membahayakan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.
(**)2. Pisang
(**)Selain berfungsi mengurangkan rasa sakit ketika menstruasi, pisang yang kaya dengan vitamin A, B dan E juga berfungsi sebagai anti penuaan. Kisar pisang dan tekap di wajah yang telah dicuci. Jika kulit wajah berjerawat, tambah sedikit madu untuk menyingkirkannya.
(**)3. Minum air kosong
(**)Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari. Minum air dengan banyak boleh menjaga metabolisme tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air boleh memberi kelembapan dan menghalang penghasilan minyak berlebihan.
(**)4. Air suam
(**)Celup tuala muka yang bersih ke dalam air suam yang sudah dicampurkan sedikit garam. Tekap secara perlahan-lahan ke wajah dan biarkan sehingga tuala tersebut sejuk. Air suam itu akan membuka pori wajah dan garam berfungsi mengangkat kotoran pada wajah.
(**)5. Putih telur
(**)Ambil putih telur dan gunakannya sebagai masker. Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul putih telur dan sapu di wajah serta biarkan kering. Bilas dengan air suam.
(**)6. Asid Salicylic
(**)Boleh juga menggunakan asid salicylic untuk kesan lebih cepat. Asid ini berfungsi untuk mengeluarkan kelenjar produksi minyak dan folikel serta mengurangkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh kulit. Ketika membeli pembersih wajah atau krim muka, pastikan produk tersebut mengandungi asid ini. Asid salicylic juga dikenali sebagai 2-hydroxybenzoic acid.
(**)7. Lemon
(**)Lemon mengandungi vitamin C yang membantu kulit lebih cerah dan menyingkirkan bekas jerawat. Perah air lemon kemudian tambah madu dan tekap di wajah. Jika mahu kesan lebih, minum air lemon suam yang ditambah madu untuk membersihkan kulit dari dalam.
EmoticonEmoticon