(**)Susahnya mengajak si anak menggosok gigi, sama seperti anda mahu mengajaknya tidur di siang hari ataupun makan sayur-sayuran, kan?Ia mungkin disebabkan oleh perasan malas ataupun kerana masih tidak faham betapa pentingnya membersihkan gigi.
(**)Biasanya jika hendak pun, anak-anaknya pasti dalam keadaan tergesa-gesa dan asal cepat siap! Sedangkan gigi anak-anak sangat mudah diserang kerosakan gigi kerana sisa-sisa makanan tidak diberishkan dan dibiarkan begitu sahaja.Keadaan ini akan menjadi sarang yang cukup selesa bagi kuman dan bakteria untuk membiak.
(**)Jika anda tidak mahu gigi anak anda rosak, anda perlu mencari jalan agar dia mahu menggosok giginya dengan rela hati dan bukan kerana terpaksa!
(**)Beritahu Si Manja Tentang Kepentingan Gosok Gigi
(**)Langkah pertama yang perlu anda lakukan agar anak mahu menggosok gigi adalah dengan mengatakan betapa pentingnya menggosok gigi untuk kesihatannya. Ceritakan efek buruk yang bakal berlaku jika dia tidak mahu gosok gigi.Anda juga boleh memberikan contoh atau menunjukkan gambar gigi yang telah rosak akibat tidak pernah dibersihkan.
(**)Biasanya anak-anak akan faham dan takut melihat keadaan giginya seperti itu. Secara tidak langsung dia dengan sendirinya dia akan menggosok giginya. Selain itu, jangan lupa mengajarnya bagaimana cara gosok gigi yang betul dan sempurna.
(**)Belikan Berus Gigi Yang Menarik
(**)Biasanya anak-anak suka dengan sesuatu yang menarik dan kelakar, termasuk juga dengan reka bentuk berus gigi. Disebabkan dia mula rajin menggosok gigi, apakata anda belikan atau hadiahkannya berus gigi dengan rekaan yang menarik seperti gambar kartun yang disukainya.Anda boleh juga mengajaknya membeli dan memilih berus gigi yang disukainya. Ini akan membuatkan anak jadi semakin bersemangat untuk menggosok gigi.
(**)Gosok Gigi Bersama
(**)Anak-anak biasanya akan jadi lebih bersemangat jika anda ikut sekali menggosok gigi bersamanya. Sesekali ajaklah dia gosok gigi bersama. Ketika menggosok gigi, anda perlu nampak gembira dan penuh semangat untuk membunuh kuman ataupun bakteria. Biarkan dia mencontohi anda. Keadaan akan jadi lebih menyeronokkan apabila anda menggunakan berus gigi dengan bentuk yang sama. Selain itu, anda juga boleh memintanya untuk menggosok gigi anda dan anda pun turut sama menggosok giginya.
(**)Berikan Hadiah & Kejutan
(**)Sebagai permulaan untuk memupuk kebiasaan anak menggosok gigi, anda mungkin boleh memberikannya hadiah. Budak-budak biasanya berasa seronok dengan hadiah meskipun hadiah yang anda berikan itu kecil ataupun murah sahaja. Selain hadiah berupa barangan permainan, anda juga boleh memberikannya hadiah atau imbuhan seperti pergi kesuatu tempat atau melakukan aktiviti bersama-sama. Ia bukan sekadar menyuntik semangat anak anda agar rajin memberus gigi, tetapi agar kemesraan dan komunikasi antara anda dan anak boleh berjalan dengan baik.
(**)Buat Gelembung Atau ‘Bubbles’
(**)Selain itu, anda boleh juga mengajak si kecil untuk membuat gelembung atau ‘bubbles’ yang berasal daripada ubat gigi tersebut. Jika betul cara menggosok gigi, sudah pasti gelembung tersebut akan keluar dengan banyak. Anda berdua boleh berlawan, siapa yang paling banyak membuat gelembung.
(**)Gosok Gigi Di Depan Cermin
(**)Jangan lupa untuk mengajak anak melakukan aktiviti yang cukup ‘cool’ seperti menggosok gigi di depan cermin. Ia dilakukan supaya anak anda boleh melihat dirinya ketika menggosok gigi. Situasi ini pasti membuatkannya jadi lebih bersemangat. Setelah menggosok gigi, mintalah dia mempamerkan giginya yang bersih di depan cermin.
EmoticonEmoticon