Monday, 20 June 2016

Kalau Nak Berubah, Ikutlah Empat Syarat Taubat Nasuha Ini

Tags


(**)Saya telah melakukan banyak dosa semenjak saya mula-mula baligh. Kadang-kadang saya tidak pasti adakah Allah SWT akan mengampunkan diri saya yang hina ini dan menyediakan syurga bagi saya di akhirat kelak. Adakah masih ada ruang untuk saya Ustaz? Saya juga ada mendengar tentang taubat yang sebenar ialah taubat nasuha. Boleh tak Ustaz terangkan dengan lebih lanjut?

(**)JAWAPAN :
(**)Allah SWT itu bersifat maha pengampun iaitu Dia akan memberi keampunan Nya kepada sesiapa sahaja yang memohon keampunan dari Nya. Selain itu, Dia juga bersifat maha menerima taubat. Maksudnya, Dia sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja dari kalangan hambanya yang berdosa untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Nya.

(**)Pengampunan Allah SWT tidak bertepi walaupun dari seorang pendosa yang mempunyai dosa seluas lautan. Bahkan diceritakan dalam Al-Quran, Allah SWT akan mengampunkan segala dosa hamba Nya kecuali dosa syirik iaitu menyekutukan Allah SWT.
(**)Taubat nasuha pula adalah taubat yang bersungguh-sungguh. Ada 4 syarat taubat nasuha iaitu:

(**)1. Beristighfar dan memohon keampunan atas dosa dengan lidah.
(**)2. Meninggalkan perbuatan dosa tersebut dengan anggota badan.
(**)3. Menyesal dengan rasa sesalan yang bersungguh-sungguh di hati sanubari.
(**)4. Berazam tidak akan kembali melakukan dosa tersebut di masa hadapan.



(**)Kredit: Ustaz Khairul Anuar Basri Alhafiz


EmoticonEmoticon