(**)Sebelum jadikan lelaki yang anda sayang sebagai suami, anda kena faham dunia lelaki. Ya, patut tahu!
(**)1. Lelaki tidak pandai berteka-teki maka janganlah membawa isu itu berkias-kias. Kenal pasti apa isu itu dan terus bincangkan.
(**)2. Lelaki bukan tidak peduli. Dia juga risau jika anda seperti ada masalah. Apabila dia tunjuk prihatin dengan bertanya anda pula yang jawab, “Tidak ada apa-apa.” Bagi lelaki jawapan ‘tidak ada apa-apa’ maknanya memang tidak ada apa-apalah dan hidup diteruskan macam biasa. Apabila jadi begitu, kelihatan suami seperti tidak peduli. Sudahnya siapa yang salah kalau ada yang kecil hati?
(**)3. Kalau tengok suami seperti risau, anda bertanya dan dia menjawab “Tidak ada apa-apa”. Ini akan mencetuskan kesan yang berbeza. Anda tentu ingin tahu apa yang tidak kena sedangkan pada dia memang ‘tidak ada apa-apa’.
(**)4. Lelaki dan perempuan menunjukkan reaksi yang sangat berbeza apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Apabila ada masalah lelaki lebih memilih untuk mengasingkan diri di dalam gua persembunyiannya. Memang isteri tidak nampak gua ini kerana gua itu hanya ada di dalam fikiran suami. Di dalam gua itu dia tidak mahu diganggu dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun. Boleh faham?
(**)5. Lelaki tidak suka bercakap atau berkongsi masalah itu dengan orang lain. Mereka juga tidak selesa orang bertanya khabar atau sibuk-sibuk bertanya apa yang dia rasa ketika itu. Ramai wanita tidak faham. Anda mahu tahu semua perkara dan semua benda. Ini termasuklah kenapa suami tidak mahu bercakap dengan anda. Adakah anda telah buat silap atau apa? Sebenarnya anda tidak bersalah apa-apa. Dia hanya mahu bersendirian untuk menganalisis masalah yang menjadi tanggungjawabnya.
(**)6. Pernah tak anda berkata begini “Abang ni tak pernah nak dengar apa yang saya nak cakap. Selalu buat tak tahu sahaja!” Sebenarnya jika anda mengharapkan lelaki akan terus memberikan respons, itu besar kemungkinan tidak akan berlaku. Lelaki mendengar adalah untuk mendengar dan memproses. Sebab itulah mereka tidak terus memberi respons. Wanita pula mendengar sebagai persediaan untuk memberi respons.
(**)7. Walaupun kebanyakan orang seni yang hebat-hebat itu lelaki tetapi mereka adalah lelaki istimewa. Kebanyakan lelaki biasa tidak begitu. Mereka mampu menyampaikan apa yang mereka rasakan.
(**)INI SERIUS, PENTING UNTUK KAUM WANITA TAHU
(**)Tidak seperti wanita. Dengan hanya sekelumit kisah mereka boleh menghasilkan cerpen yang meruntun jiwa. Jika ada dua kisah maka sudah mampu terhasil novel yang merobek perasaan. Lelaki tidak akan mampu buat begitu.
(**)Isu ini disebut oleh pelawak Harris Iskandar dalam satu pertunjukannya. Apabila suami bertanya kepada isteri setelah pulang dari pejabat, “Bagaimana di pejabat tadi?”, maka jawapannya akan termasuk semua yang telah berlaku pada hari itu. Apa yang dia buat, dia telefon siapa, makan pukul berapa, pergi dengan siapa dan macam-macam lagi. Apabila lelaki ditanya soalan yang sama jawapannya “Err…tak ada apa-apa.” Bukan suami tidak mahu berkongsi cerita tetapi dalam kebanyakan keadaan cerita itu dirasakan tidak ada nilai-nilai perasaan untuk dikongsi dengan orang tersayang.
(**)Kesimpulannya dalam kebanyakan keadaan bukan suami itu tidak peduli. Apabila ada masalah dia peduli sebenarnya. Jika anda sebagai isteri ada masalah maka beritahulah apa sebenarnya masalah itu. Beritahunya dengan terang dan jelas. Begitu juga jika dia berkata tidak ada masalah. Mungkin memang tidak ada masalah atau betul ada masalah tetapi masih ada dalam kawalan. Semoga kaum wanita lebih memahami lelaki untuk menjaga rumah tangga kekal bahagia hingga ke Jannah!
EmoticonEmoticon