Wednesday 15 June 2016

Inilah Cara Masak Tingkatkan Sistem Imun Badan

Tags


(**)Pengambilan jus buah-buahan dan sayur-sayuran dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit, meningkatkan sistem imun, membersihkan hati, membantu penghadaman, membuang toksin yang merbahaya dan membantu mengurangkan berat badan.

(**)Tapi selain dijadikan jus, macam mana anda boleh menggabungkan buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam diet harian? Berikut adalah beberapa cara menarik dan lazat yang boleh anda pertimbangkan.

(**)1. Jadikan ia satu amalan sekali seminggu untuk membeli-belah supaya buah-buahan dan sayur-sayuran anda agar ia tetap kekal segar.

(**)2. Pastikan buah-buahan  ini mudah dicapai. Sama ada di kaunter atau disusun dengan baik dalam mangkuk, bakul atau rak atas peti sejuk anda.

(**)3. Jadikan satu amalan meletak sebiji atau dua biji epal dalam bekas atau kotak makanan tengah hari anda.

(**)4. Bagi bekas atau kotak makanan tengah hari harian kanak-kanak, ambil sedikit masa untuk menghiris buah-buahan sebagai kepingan. Anda juga boleh mengatur buah-buahan untuk menjadikannya gambar supaya ia kelihatan menyeronokkan dan menarik.

(**)5. Hampir setiap hidangan makanan boleh memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dicencang halus untuk dijadikan topping sebagai bahan atau hiasan.

(**)6. Sarapan pagi, tambahkan bijirin anda dengan pisang, pic, epal atau beri.

(**)7. Jadikan buah-buahan ini sebagai ‘smoothie’ pembuka sarapan pagi anda.

(**)8. Hidangan utama boleh dihidangkan dengan buah-buahan hirisan segar.

(**)9. Perlukan minuman atau ais krim sejuk untuk mengatasi kepanasan? Anda boleh menimbangkan untuk menggantikan hidangan gula dan kalori sarat ais krim dengan minuman buah-buahan buatan sendiri. Buah-buahan adalah gula-gula alam semula jadi. Dengan hanya mencampurkan buah-buahan kegemaran anda seperti mangga atau strawberi, tuangkan sedikit campuran itu ke dalam acuan jeli. Masukkan ia ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Anda boleh menikmati juadah berais yang sedap dan hebat.

(**)10. Walaupun jus adalah baik jika terus diminum segar, anda masih boleh menyimpan kombinasi minuman sihat kegemaran anda di dalam termos untuk diminum ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

(**)11. Potong buah-buahan menjadi saiz kiub dan campurkan ia dengan pelbagai kacang tanpa garam sebagai snek yang mudah dimakan pada setiap masa.

(**)12. Wujudkan kombinasi menarik dengan mencampurkan dan memadankan buah-buahan. Contohnya epal rangup dengan anggur berair dan pisang berkrim.

(**)13. Daripada himpunan makanan buah-buahan yang terdapat di Malaysia, saderi dan lobak merah adalah makanan snek yang membosankan. Tambahkan sedikit keseronokan dan rasa sos sedap yang dicipta daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperap dengan mustard atau madu. Atau kisar sedikit lada dengan timun dan yogurt sebagai sos berkrim.

(**)14. Semasa memasak, anda boleh meningkatkan resipi biasa dengan menggunakan buah-buahan campuran sebagai sos yang sihat atau sos asas.

(**)15. Jika mengadakan majlis jamuan, aturkan buah-buahan yang telah dipotong saiz kiub seperti mangga, tembikai, kiwi, anggur dan strawberi  pada lidi kecil sebagai hidangan pembuka selera atau pencuci mulut.


EmoticonEmoticon