Wednesday 15 June 2016

Tip 'Hapuskan' Bau Mulut Ketika Puasa

Tags


(**)Masih semangat meneruskan ibadah puasa seperti hari-hari biasa. Namun pasti ada yang berdepan dengan masalah bau mulut ketika bercakap menjadikan anda kurang yakin untuk membuka mulut, berkomunikasi di tempat kerja sepanjang hari. Jangan risau, ada cara yang mudah untuk anda elak dari masalah bau mulut...

(**)1. Gosok Gigi & Lidah
(**)Pastikan anda menggosok gigi dan lidah setiap kali waktu bersahur dan berbuka puasa. Usah pandang remeh dan terlalu yakin gigi anda bersih sebab hanya dengan gosok gigi boleh selesaikan masalah ini. Semasa menggosok gigi, tarik dan hembuskan nafas untuk singkir bau mulut.

(**)2. Teh Hijau
(**)Cuba minum teh hijau tanpa gula ketika bersahur dan berbuka puasa. Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteri dalam mulut dan saluran pernafasan.

(**)3. Ubat Kumur
(**)Agar kebersihan mulut anda lebih terjamin, disarankan menggunakan ubat kumur setelah menggosok gigi.

(**)4. Kurangkan Makanan Manis
(**)Makanan yang manis memang sedap tetapi risiko pada gigi anda juga lebih 'dasyat'. Menu yang bergula akan lebih cepat melekat pada gigi dan sukar untuk dibersihkan, akhirnya gigi anda jadi cepat rosak dan menyebabkan bau mulut. Lagi satu adalah minuman kafein, memang kesan pada gigi yang sangat ketara. Kalau mampu, elak ya...

(**)5. Air Mineral
(**)Minumlah air mineral yang cukup ketika sahur dan berbuka puasa. Seeloknya, sekali pun minum air manis, anda wajib minum air mineral. Lagi pun jika cukup minum, membantu mencegah bau mulut pada siang hari. Air mineral juga dapat meningkatkan produksi air liur, sehingga kebersihan mulut tetap terjaga.


(**)Lihat dan cuba amalkan petua ini, pasti anda boleh elak dengan masalah bau mulut ketika berpuasa. Meskipun bau mulut orang berpuasa dikatakan bak bau kasturi sebenarnya, tetapi anda jangan abaikan kebersihan mulut. Bukan semua yang mampu bertahan dengan masalah bau mulut kita, jadi cuba kita hapuskan masalah mudah ini dulu!


EmoticonEmoticon