Wednesday 15 June 2016

Hilangkan Sakit Kepala Ibu Hamil Tanpa Ubat

Tags


(**)Salah satu dugaan perempuan hamil, pelbagai penyakit boleh serang tanpa dijangka. Kadang tiba-tiba sakit kepala menyerang ibu hamil. Keadaan ini pasti mengganggu aktiviti seharian. Bila sakit kepala menyerang, kebanyakan ibu hamil kena lebih berhati-hati daripada mengambil sebarang ubat penahan sakit kerana bimbang mengganggu perkembangan janin.

(**)Jadi ibu boleh cuba amal cara ini untuk hilangkan sakit...


(**)1. Cari punca sakit kepala
(**)Ibu harus mengenal pasti pencetus secara spesifik penyebab sakit kepala. Dengan menulis apa saja yang dimakan selama 24 jam sebelum berlaku sakit kepala. Ibu pasti dapat mengenal pasti puncanya jika rasa sakit kepala setiap hari ketika usia kehamilan. Contoh makanan pencetus seperti mengandungi monosodium glutamat (MSG), nitrit dan nitrat (umum di daging yang diproses seperti hot dog, burger dan sebagainya), pemanis buatan, kacang, beberapa jenis keju, mentega, buah-buahan segar tertentu (pisang, betik, avokado, dan oren), ikan asap, makanan yang diperam.

(**)2. Guna tuala hangat
(**)Tuala hangat atau sejuk boleh mengurangkan sakit kepala dengan meletakkan di bahagian dahi. Selain ibu boleh menggunakan aroma terapi tertentu agar ibu lebih tenang dan membantu mengurangkan rasa sakit.

(**)3. Mandi air sejuk
(**)Mandi dengan menggunakan air sejuk dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Jika keadaan tidak membolehkan ibu mandi, ibu boleh menggunakan percikan air sejuk pada wajah.

(**)4. Elak perut lapar atau haus
(**)Bagi mencegah gula darah yang rendah ibu harus menjamah sedikit makanan atau lebih kerap. Namun jika ibu sedang dalam perjalanan jauh, ibu harus bersedia dengan makanan ringan seperti biskut, buah-buahan atau yogurt. Namun elakkan daripada mengambil makanan berasaskan gula atau makanan yang mengandungi gula tiruan yang boleh menyebabkan gula darah mengalami gangguan.

(**)5. Elak keletihan
(**)Ibu hamil yang mengalami keletihan akan menyebabkan mereka diserang sakit kepala. Berehat sejenak untuk membolehkan badan anda relaks. Pastikan kondisi bilik tenang dan gelap (tanpa lampu menyala terlalu terang) akan mengurangkan rasa sakit kepala pada ibu hamil muda.


EmoticonEmoticon