Wednesday 15 June 2016

Suka Sangat Bersolek, Tapi Boleh Ke? Semak Jawapan Ini

Tags


(**)Apakah hukum memakai alat solek bagi wanita ketika berada di khalayak ramai?

(**)Jawapan:

(**)Sudah menjadi suatu kebiasaan untuk para wanita mengenakan alat solek apabila keluar dari rumah samada untuk pergi ke tempat kerja atau pergi bersiar-siar. Perbuatan bercantik-cantik ini sudah menjadi suatu fitrah manusia lebih-lebih lagi kepada kaum hawa.

(**)Secara amnya, bersolek dalam kadar yang sederhana adalah diharuskan, tetapi perlu dipelihara beberapa perkara. Sebagai contoh, seorang isteri perlu meminta izin suaminya terlebih dahulu dan solekannya itu tidak menimbulkan fitnah baginya mahupun bagi suaminya.

(**)Seseorang wanita itu juga haram bersolek dalam erti kata berhias yang melampau (tabarruj) semata-mata untuk menarik pandangan orang lain, lebih-lebih lagi untuk menarik pandangan seorang lelaki yang ajnabi terhadapnya. Perbuatan sebegini amat ditegah oleh Islam dan ia akan membawa keburukan kepada wanita itu sendiri.

(**)Sepatutnya bagi seorang wanita, terutamanya seorang isteri lebih mementingkan penampilannya ketika berada di sisi suaminya lebih daripada penampilannya ketika berada di khalayak ramai. Inilah keutamaan yang dituntut iaitu memuaskan mata dan hati suami supaya mendapat pahala dan keberkatan dalam rumah tangga.

(**)Oleh: Ustaz Khairul Anuar Basri Alhafiz (Pendakwah/ Motivator/ Penasihat Kewangan Islam)


EmoticonEmoticon