Wednesday, 8 June 2016

15 Punca Gaduh Besar Yang Boleh Bercerai-Berai

Tags


(**)Anda dan pasangan sering bertengkar? Kadang-kadang disebabkan perkara kecil pun boleh jadi gaduh besar!


(**)Pertengkaran adalah suatu hal yang tidak mungkin dapat dielakkan dalam setiap hubungan percintaan. Adakalanya bertengkar dapat memberi kita peluang untuk melihat pilihan sedia ada dalam apa jua situasi. Kita selalunya dikaburi oleh pendapat sendiri sehingga gagal melihat pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Tetapi, hati-hati gaduh besar boleh mengundang banyak perkara yang tidak diingini. Jadi, apakah perkara sebenar yang menjadi punca gaduh besar antara anda dan pasangan?

(**)Jom ketahui punca gaduh besar.Antaranya…

(**)1. Wang

(**)Bertengkar kerana wang tidak hanya dialami oleh mereka yang sudah berkahwin. Ketika sedang bercinta pun, pasangan boleh bertengkar kerana masalah wang. Misalnya, pasangan akan komplain tentang kebiasaan wanita menghabiskan wang belanja, menanyakan gaji di tempat pasangan bekerja atau berapa jumlah wang simpanan di akaun pasangannya. Wang merupakan masalah yang sensitif untuk dibicarakan pasangan kekasih, jadi sebaiknya tidak perlu membincangkan perkara itu kecuali anda dan si dia sudah berniat menikah.



(**)2. Cemburu

(**)Ia bukanlah hal yang menghairankan, tetapi cemburu merupakan salah satu penyebab utama pasangan bertengkar. Jika anda mendapati kekasih berjalan dengan wanita lain atau bersikap manis dengan rakan perempuannya, pasti akan ada rasa kesal. Begitulah sebaliknya, si dia juga akan rasa cemburu jika melihat anda berkumpul bersama rakan – rakan lelaki. Cemburu sangat wajar dalam percintaan, namun jangan sampai berterusan jadi cemburu buta yang boleh merosakkan hubungan percintaan.



(**)3. Perbezaan Pendapat

(**)Kadang kala jika terlalu lama menjalinkan hubungan, anda akan menyedari bahawa ada perbezaan antara anda dan pasangan. Tidak kira soal perbezaan hobi, dunia kerja, persahabatan dan gaya hidup. Hubungan percintaan memang boleh menyatukan pelbagai perbezaan, tapi jika itu menyebabkan anda dan si dia bertengkar terus menerus. Sebaiknya mula berfikir untuk menilai kembali hubungan yang sedang dijalani.



(**)4. Keutamaan

(**)Keutamaan seringkali menimbulkan konflik antara pasangan, jika keutamaan anda dan si dia berbeza. Dia mengutamakan hubungan, sementara anda menganggap kerja lebih penting. Pasangan sangat mementingkan keluarganya, sedangkan anda ingin mendapat perhatian lebih dari apapun. Jika anda ingin hubungan berkekalan, sebaiknya berbincanglah dahulu hal yang paling utama bagi anda berdua.



(**)5. Masa Lalu

(**)Setiap orang pasti merasa tidak selesa jika hubungan masa lalu selalu diungkit-ungkit, apalagi orang yang mengungkitnya adalah pasangan anda sekarang. Pertengkaran yang kerap berlaku, biasanya disebabkan salah seorang membandingkan kekasih dengan bekas kekasihnya, atau dia terus menerus bertanya tentang hubungan masa lalu. Seeloknya hubungan masa lalu hanya dilihat sekali sahaja sebagai pengajaran untuk melangkah lebih baik ke hadapan.



(**)6. Tekanan

(**)Siapa di dunia ini yang tidak pernah mengalami stress? Gangguan emosi ini pun boleh menyebabkan pasangan kekasih bertengkar. Seringkali seseorang akan terkena tempias amarah kerana mendapat tekanan di pejabat atau mempunyai masalah keluarga. Jika tekanan ini menyebabkan anda tertekan, lebih baik minta pada pasangan untuk tidak bertemu buat sementara waktu sehingga fikiran kembali jernih, dan masalah pejabat tidak mengganggu hubungan  percintaan.



(**)7. Mengajak keluar

(**)Pencetus pertengkaran yang sering terjadi adalah apabila pasangan mengajak anda keluar. Pasangan ingin mengajak anda keluar bersama rakan – rakannya, anda menolak, tetapi dia tetap keluar bersama rakannya. Ia boleh menimbulkan perasaan kesal dan tidak dipedulikan. Tidak salah anda menemani pasangan anda untuk berkumpul dengan rakan – rakannya. Anda pun boleh menjalin persahabatan dengan lebih banyak lagi.



(**)Beberapa Tips Untuk Elak Gaduh Besar:



(**)1. Jangan terlampau banyak bercakap

(**)Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan berfikir secara mendalam cara untuk memperbetulkan keadaan.



(**)2. Jangan menyebut kelemahan pasangan

(**)Bukan hanya perempuan sahaja yang mempunyai kelemahan, lelaki juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan perempuan, lelaki akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan. Lagi pula, kita tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidakpuasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.



(**)3. Jangan membalas perbuatannya

(**)Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan rakan perempuannya. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan lelaki lain dihadapannya. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada pasangan anda untuk menjauhkan diri dari  anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.



(**)4. Jangan cuba mengubah pasangan

(**)Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, pasangan anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.



(**)5. Fokus pada masalah

(**)Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah, akhirnya akan turut menjadi masalah.



(**)6. Jangan tinggikan suara

(**)Semakin tinggi suara anda ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan anda nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga pasangan anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.



(**)7. Elakkan terlalu emosional

(**)Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.



(**)8. Gunakan perkataan yang baik-baik

(**)Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”



(**)9. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur

(**)Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.



(**)10. Dengar luahan pasangan

(**)Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh pasangan anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.



(**)11. Bersabar

(**)Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan pasangan anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari pasangan anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain



(**)12. Say NO to third party

(**)Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda. Dalam bercinta atau dalam perkahwinan, always refer pada best friend anda yang anda sangat percayai.



(**)13. Mengalah tidak bererti kalah

(**)Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.



(**)14. Luahkan

(**)Selain menjadi pendengar kepada permasalahan pasangan, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.



(**)15. Pelukan dan kemaafan

Inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.


EmoticonEmoticon