Wednesday, 8 June 2016

10 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Dengan Cepat

Tags


(**)Siapalah yang tak nak memiliki kulit wajah yang bersih tanpa bekas jerawat, kan? Cuba cara menghilangkan bekas jerawat dengan cepat ini ya.

(**)Pasti semua orang mahukannya! Untuk itu, jom semak cara menghilangkan bekas jerawat dengan cepat?

(**)Berikut Adalah Tipsnya:

(**)1. Rajin Bersihkan Muka

(**)Membersihkan muka secara teratur akan membuatkan sel-sel kulit mati tertanggal dan digantikan oleh kulit yang baru. Lapisan kulit yang berbintik-bintik hitam pun akan terhakis sedikit demi sedikit mengikut sel kulit dibuang. Jadi sebab itulah jangan abaikan rutin mencuci muka.



(**)2. Gunakan Pelembab

(**)Biarpun kulit anda mungkin jenis berminyak, namun anda tetap perlu memakai pelembab. Kulit berminyak juga memerlukan pelembab yang mampu memberikan nutrisi kepada kulit, mencegah regenerasi serta mengawal kulit kusam. Jadi, pilihlah pelembab yang mengandungi bahan asas daripada air dan anti jerawat agar tidak menimbulkan jerawat. Kulit yang sihat membuatkan bekas-bekas jerawat tersebut segera hilang.



(**)3. Pilih Bedak Yang ‘Oil Free’

(**)Bedak dapat menyamarkan bekas-bekas jerawat. Anda disarankan untuk memilih bedak yang ‘oil free’ ataupun tanpa minyak agar kulit muka anda yang berjerawat itu boleh bernafas, tidak menimbulkan bintik-bintik hitam serta membantu menyamarkan bekas jerawat.



(**)4. Guna Produk Yang  SPF Tinggi

(**)Untuk melindungi kulit adan daripada pengaruh sinaran matahari yang boleh memparahkan lagi bekas-bekas jerawat, sebaiknya anda gunakan kosmetik yang memiliki perlindungan sinaran matahari, SPF > 20. Cara ini juga dapat mengurangi bekas-bekas jerawat di wajah anda.



(**)5. Pengambilan Makanan Yang Bervitamin & Berprotein

(**)Makanan yang tinggi vitamin seperti yang terkandung di dalam buah-buahan segar serta sayuran hijau dapat membantu menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Untuk mempercepatkan regenerasi sel, sebaiknya makanlah makanan yang tinggi protein. Apabila sel kulit cepat diganti, maka kulit yang ada bekas-bekas jerawat itu akan segera hilang.



(**)Tips Ekstra

(**)Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara semulajadi untuk menghilangkan bekas jerawat dengan cepat.

(**)Masker Putih Telur & Madu
(**)Masker putih telur dan madu dikatakan dapat menghilangkan bekas-bekas jerawat dengang cepat. Caranya mudah sahaja, ambil putih telur yang sudah dicampur dengan madu, celup kapas dan tempelkan di muka selama lebih kurang tiga jam atau setelah ia benar-benar kering. Kemudian, bersihkan wajah.



(**)Kulit Kayu Manis
(**)Serbuk kulit kayu manis juga boleh menghilangkan bekas jerawat dengan cepat. Jadikan serbuk kulit kayu manis tersebut menjadi pasta, kemudian sapukan pada bahagian yang bernoda serta berpori besar. Gunakan secara teratur pada setiap malam sehingga bekas jerawat tersebut hilang.



(**)Lidah Buaya
(**)Lendir lidah buaya juga boleh dimanfaatkan untuk menghilangkan bekas jerawat secara semulajadi. Sapukan lendir lidah buaya tersebut ke seluruh wajah secara merata, kemudian biarkan ia kering. Hilangkan masker tersebut dengan menggunakan air suam dan kemudiannya dibilas dengan air sejuk. Untuk hasil yang bagus, gunakan dua kali seminggu.



(**)Mentimun
(**)Mentimun bertekstur lembut dan sejuk di wajah kerana ia mengandungi vitamin C. Masker mentimun sangat sesuai buat anda yang memiliki jerawat jenis ‘batu’ dan bernanah.



(**)Limau Nipis
(**)Selain mampu menghapuskan pertumbuhan jerawat dengan cepat, limau nipis juga boleh menghilangkan bekas jerawat.. Kandungan vitamin C pada limau nipis boleh menghalang pengeluaran melanin pada kulit. Hasilnya, kulit wajah anda akan kelihatan lebih cerah, jerawat pudar serta bekas jerawat juga akan segera hilang.


EmoticonEmoticon