(**)Apa yang anda tahu tentang masyarakat Korea? Mereka obses akan kecantikan. Tak percaya, anda pergi melancong ke negara mereka dan lihat bertapa banyaknya klinik kecantikan dan butik kecantikan yang menjual produk kecantikan seperti sheet mask dan pelbagai lagi. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, mereka semuanya sangat mementingkan kebersihan dan kecantikan diri.
(**)Apapun, ternyata penduduk Korea Selatan memiliki banyak keunikan yang membuatkan ramai orang menyukai budayanya. Di sebalik pembangunan pesat negara itu, terdapat beberapa fakta menarik dan ada juga yang unik tentang negara Gangnam Style ini. Bagi penggemar Korean Wave, tentunya anda teruja nak tahu fakta pelik masyarakat di sana.
(**)1. Penduduk Korea suka memakan bawang putih kerana dipercayai dapat meneutralkan saluran darah.
(**)2. Penduduk Korea jarang memakan dengan tangan kerana dianggap kurang sopan.
(**)3. Penduduk Korea berasa selesa untuk memakan mi segera dalam periuk kerana kalau dibawa keluar dari periuk dianggap makanan itu sudah hilang kepanasannya.
(**)4. Seramai 25 peratus ibu di Korea Selatan menyuruh anak mereka yang masih berumur 12-16 tahun untuk melakukan pembedahan plastik. Kebanyakan keluarga di Korea akan menjadikan pembedahan plastik sebagai hadia hari lahir.
(**)5. Selain disebut sebagai negara Ginseng, Korea juga dikenali sebagai Republic of Plastic Surgery.
(**)6. Pokok pain merupakan pokok cinta bagi penduduk Korea kerana membawa maksud cinta yang kukuh, lurus dan tidak pernah berakhir.
(**)7. Lebih kurang 36 penduduk Korea membunuh diri setiap hari. Antara penyebabnya ialah tekanan belajar, ekonomi dan ada juga yang membunuh diri kerana mengikuti idolanya untuk membunuh diri sebagai jalan keluar daripada tekanan yang dialami oleh mereka.
(**)8. Ada beberapa cara untuk membunuh diri di Korea salah satunya ialah melakukan perjanjian di internet kemudian bertemu untuk bunuh diri bersama.
(**)9. Penduduk Korea merupakan pengguna kad kredit tertinggi di dunia.
(**)10. Penduduk Korea sangat gilakan internet. Mereka selalu memesan tiket penerbangan secara online melalui telefon pintar mereka. Sementara itu, bagi urusan bersosial, orang Korea lebih gemar bersembang dengan menggunakan emoticon.
EmoticonEmoticon