(**)Mungkin sudah pelbagai cara dilakukan tetapi masih tidak mampu dapatkan tubuh idaman yang cantik fit sempurna. Jangan sesekali berputus asa, teruskan bersenam yang anda amalkan setiap hari tetapi tambah cara ini juga sebelum tidur demi untuk merealisasi tubuh idaman anda dengan lebih efektif.
(**)Mulakan dengan mengambil minuman berunsur protein sebelum tidur. Adakah anda jenis yang gemar makan snek sebelum tidur? Kalau begitu, kali ini tukar menu tersebut kepada minuman protein. Ini kerana protein menggalakkan otot dirawat sepanjang malam. Jadi, lebih banyak otot yang terbina, lebih banyak kalori yang dimusnahkan ketika tidur.
(**)Kalau boleh tidur dalam bilik gelap sepenuhnya. Pilih jenis langsir yang bermaterial blackout untuk menghalang sebarang cahaya masuk ke dalam bilik tidur anda pada waktu malam. Tutup sebarang plug atau televisyen dengan betul. Jika anda berada di dalam ruang yang 99% gelap tanpa sebarang pencahayaan, tubuh akan menghasilkan hormon melatonin, yang mana bukan hanya membuatkan anda lebih mudah untuk tidur, tetapi juga membantu untuk menghasilkan pembakaran kalori lemak coklat – Kajian Journal Of Pineal Research.
(**)Tidur dalam suhu bilik yang sejuk boleh membantu anda untuk membakar kalori sepanjang, jadi rendahkan suhu. Ini kerana tubuh yang bekerja keras dalam meningkat suhu badan untuk menyeimbangkan 98.6 degree, yang mana membakar kalori. Mungkin dengan 7% tidaklah kedengaran terlalu banyak, tetapi ianya boleh membantu anda untuk membakar lebih 100 kalori dengan tidur yang lebih 24 jam.
(**)Ini sangat penting lebih-lebih zaman sekarang ini, sebelum tidur main Facebook dahulu, tidur pun seperti ajak-ajak ayam. Sebelum anda tidur, pastikan anda sudah memadam segala barangan elektronik di dalam kamar tidur. Pengkaji di Manchester University mendapati bahawa short-wavelength cahaya biru yang dipancarkan dari tablet atau telefon pintar, boleh mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh, sekaligus ianya mengganggu metabolisme.
(**)Semestinya ramai tahu yang tubuh memerlukan tidur yang cukup, tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi apakan daya jika jadual terlalu padat atau mungkin siri televisyen yang tidak boleh ditangguhkan pastinya menjadi punca anda kurang tidur. Kajian mendapati kekurangan tidur boleh menyebabkan sel-sel lemak kurang sensitif terhadap insulin, perubahan metabolisme yang dikaitkan dengan obesiti.
EmoticonEmoticon