Monday, 30 May 2016

TIPS! CARA NAK BAGI STRAWBERI TAHAN LAMA & SEGAR

Tags


(**)Strawberi cepat sangat busuk? Tak tahan lama? Rasa lembek? Nah, ikut cara ini nak bagi strawberi yang anda baru beli tahan lama dan segar sentiasa.

(**)Bagaimana untuk memilih strawberi:

(**)Pilih buah yang tidak layu dan tanpa cacat.
(**)Tekan strawberi untuk mengetahui kesegarannya, strawberi yang segar tidak lembek.
(**)Perhatikan warna, mesti merah terang, jangan pilih warna yang kusam dan tidak berkilat.

(**)Cara membersihkan strawberi:

(**)Cuci bersih di air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang melekat pada strawberi.
(**)Rendam dalam air yang diletak sedikit garam selama 2 minit lalu tapis sampai kering.
(**)Buang bahagian busuk supaya strawberi tetap segar.

(**)Cara menyimpan strawberi:

(**)Setelah strawberi kering dan bersih, tuang semua buah strawberi ke dalam bekas kedap udara.
(**)Simpan dalam peti ais. Cara ini akan membuat strawberi tetap segar selama 2-3 hari.
(**)Bila ingin tahan lebih lama boleh disimpan dalam freezer agar boleh digunakan sebagai bahan ais krim atau jus segar bila-bila masa anda mahu.

(**)Tips menjaga kesegaran strawberi sebelum digunakan:

(**)Biasanya strawberi dijual dengan menyertakan daunnya. Pilihlah strawberi dengan warna daun hijau segar dan warna strawberi yang merah cerah. Saiz yang besar menandakan buah tersebut sihat dan kaya rasa.
(**)Segera cuci dan simpan dalam peti sejuk di dalam bekas tertutup. Jangan taruh di luar sebab aromanya boleh pudar dan cepat kering.
(**)Apabila hendak digunakan, sebaiknya strawberi terlebih dahulu diletakkan di tempat dengan suhu bilik. Ini untuk membantu penyerapan vitamin.

(**)Satu lagi cara yang boleh dicuba dengan membasuh strawberi dengan cuka. Caranya dengan membasuh strawberi dalam larutan 1 cawan cuka untuk setiap 10 cawan air. Sebenarnya tidak kisah berapa nisbahnya, anda boleh juga agak-agak berapa ingin digunakan.

(**)Rendam selama beberapa minit, kemudian tapis dan paling penting biarkan ianya betul-betul kering. Anda boleh keringkan dengan hanya menapis ataupun diletakkan pada tuala kering yang bersih, terpulang.

(**)Letak dalam tupperware dan simpan di dalam peti sejuk seperti biasa.

(**)Proses ini boleh digunakan untuk semua jenis beri. Dan jangan risau, anda tidak akan rasa cuka pada strawberi anda.


EmoticonEmoticon