Monday, 30 May 2016

ANDA DIET? INI 11 SNEK TERBAIK BOLEH DIAMALKAN

Tags


(**)Sememangnya pemilihan makanan berkhasiat ketika diet sangat penting kerana ia mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian. Salah satu yang terbaik boleh anda amalkan adalah snek kering. Anda boleh makan bersama yogurt, roti, biskut, dibuat smoothie ataupun begitu sahaja. Walaupun telah mengalami proses pengeringan namun khasiatnya masih tetap tersimpan baik. Tak percaya? Nah ini antara kebaikannya.

(**)Kismis – Merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapat membantu sistem penghadaman dan juga mengurangkan kolesterol dalam badan.

(**)Ceri kering – Mengandungi potassium dan vitamin A. Ceri yang dikeringkan mengandungi banyak melatonin yang membantu anda untuk cepat tidur.

(**)Kurma – Kurma ini mengandungi karbohidrat. Tiga biji kurma memberikan anda potassium yang tinggi dan hanya mempunyai 96 kalori.

(**)Aprikot kering – Buah ini mengandungi zat besi, potassium, beta karotena dan serat yang sangat tinggi.

(**)Walnut – Mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid, dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan gejala darah beku selain berperanan dalam mengurangkan rasa kegatalan atau radang pada kulit.

(**)Prun – Ia amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prum adalah bersamaan dengan 100 kalori.

(**)Kacang Pistachio – Kacang pistachio ini membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, vitamin B6, vitamin A dan beta karotena kepada tubuh. Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat membantu tubuh mengawal hipertensi dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan.

(**)Kacang hazel – Pengambilan kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan anda. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol, dan phytosterol.

(**)Kacang gajus – Ia kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin K dan phystosterol. Ia bermanfaat sebagai bahan antiseptik iaitu melindungi tubuh dari serangan virus dan kuman.

(**)Kacang badam – Kacang badam adalah di antara kekacang yang bertindak sebagai bahan antioksidan. Ia juga kaya dengan kandungan magnesium, fosforus, riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol.

(**)Kacang Brazil – Kaya dengan khasiat magnesium, fosforus, zat besi, zink, selenium, thiamin, dan Vitamin E. Kacang brazil ini merupakan di antara sumber terbaik bagi penghidap anemia.


EmoticonEmoticon