(**)Senyum adalah senaman muka yang boleh melambatkan kedutan dan awet muda secara semula jadi. Walaubagaimanapun, senyuman akan menjadi lebih manis dengan gigi putih bersih dan berseri.
(**)Penggunaan ubat gigi pemutih boleh menghakis gigi di dalam jangka masa yang panjang. Oleh sebab itu, kami ada alternatif semula jadi untuk anda mendapatkan gigi yang putih berseri!
(**)Anda, tidak perlu berbelanja banyak untuk mendapatkan barisan gigi putih bersih cukup dengan hanya pengamalan tips yang kami sediakan. Usaha Tangga Kejayaan!!!
(**)Strawberi
(**)Strawberi mengandungi asid malic yang mampu menanggalkan kekuningan pada permukaan gigi secara semulajadi. Tekstur strawberi itu sendiri mampu memperbaiki enamel, menjadikan gigi lebih putih dan berstruktur lebih licin. Untuk menjadikannya lebih berkesan, lenyekkan strawberi dan campurkannya dengan setengah sudu penaik sebelum diletakkan di atas permukaan gigi. Biarkan selama lima minit dan lakukan seminggu sekali.
(**)Kulit Pisang
(**)Kulit pisang mampu memutihkan gigi anda. Caranya sangat mudah, hanya memilih pisang yang matang tetapi elakkan yang kulitnya hitam. Gosok kulit pisang ke seluruh gigi, biarkan selama 10 minit. Selepas 10 minit, sikatlah gigi dengan berus gigi kering. Berus dengan gerakan memutar selama 1 – 3 minit. Kemudian basahkan berus gigi dan gunakan ubat gigi untuk membersihkan sisa-sisa pisang di gigi. Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi hasil yang optimal. Kalium, magnesium dan manganese, semuanya dari kulit pisang membantu untuk mengurangkan kotoran pada enamel.
(**)Arang
(**)Abu kayu mengandungi kalium hidroksida yang bertindak sebagai agen pembersihan. Jadi, ia boleh membantu apabila anda ingin mempunyai gigi yang putih dan berkilau. Tetapi, anda juga perlu ingat bahawa kayu abu boleh merosakkan gigi jika digunakan untuk tempoh yang lama.
(**)Garam
(**)Menggunakan cara semula jadi seperti lemon dan garam untuk membersihkan gigi. Ini adalah cara yang sangat berkesan dan mudah diperolehi. Taburkan sedikit garam di atas sepotong lemon dan gosok gigi anda dengannya. Cuci mulut dengan air yang banyak. Anda juga boleh menggunakan karbon peroksida, yang biasanya ditemui dalam ubat gigi, untuk membersihkan gigi.
(**)Buah & Sayur Yang Rangup
(**)Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sepert epal, lobak, saderi atau pir boleh membersihkan serta memutihkan gigi secara semula jadi. Kandungannya yang berasid membantu memutihkan gigi dan kerangupannya merupakan pembersih gigi yang baik.
(**)Kulit Limau
(**)Tahukah anda kulit limau yang biasa anda buang itu boleh digunakan untuk memutihkan gigi? Caranya mudah sahaja, Gosokkan kulit limau tersebut pada gigi anda selama 5-10 minit kemudian berus gigi anda seperti biasa. Lakukannya sehingga nampak perubahan warna gigi anda.
(**)Produk Tenusu
(**)Kajian mendapati bahawasanya keju, susu dan yogurt mengandungi mineral yang membantu menguatkan gigi dan membantu memutihkan gigi.
(**)Minyak Kelapa
(**)Anda hanya perlukan minyak kelapa dan garam. Campurkan kedua-dua bahan dalam sebuah bekas. Berkumurlah dengan campuran ini selama kurang 5 minit. Selepas itu, berkumurlah dengan air sejuk sehingga bersih. Lakukan rawatan ini secara teratur untuk hasil yang maksimum. Garam dapur ini dapat menghakis plak pada gigi yang mengakibatkan gigi kuning. Campuran garam dan minyak ini akan membuatkan gigi putih dari hari ke hari.
(**)Baking Soda
(**)Ambil apa-apa tiub ubat gigi dan lihat apa kandungan yang termasuk dalam kebanyakan jenama — baking soda! Jika digabungkan dengan peroksida ia memberikan kesan pemutihan. Satu-satunya kelemahan menggunakan hanya baking soda adalah jika ia digunakan terlalu kerap, ia boleh merosakkan enamel anda. Jika digunakan sekali seminggu, ia tidak berbahaya dan sempurna dalam menghilangkan kotoran dan plak.
(**)Buah Pinang
(**)Pada zaman dahulu, biji buah pinang berfungsi seperti ubat gigi selain daripada kayu sugi. Mereka akan membakar biji pinang dan hiris halus sebelum menggosokkannya pada gigi. Anda juga boleh mencubannya, Lakukan dua minggu sekali sudah memadai.
EmoticonEmoticon