(**)Tepati masa – Ini sangat penting! Tapi kalau ada perkara yang anda kena selesaikan terlebih dahulu, nak buat macam mana kan. Cuma kalau boleh janganlah sampai si dia terpaksa menunggu anda. Ia bukan impression yang baik. Pastikan anda menghantar pesanan ringkas dan maaf kepada si dia jika terlambat 5 atau 10 minit agar tidak merosakkan mood si dia.
(**)Jangan berpakaian terlalu seksi – Jangan terlalu seksi, terdedah sangat. Paling penting kenakan pakaian yang selesa untuk anda. Takut kalau anda pakai seksi nanti, si dia akan menganggap anda memberikan isyarat yang salah pulak nanti.
(**)Jangan add si dia di laman sosial – Adalah menjadi kebiasaan kini untuk anda ‘add as friend’ atau ‘follow’ rakan yang baru anda jumpa di lama social seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Bagi date yang baru saja anda kenali, jangan lalukan sedemikian. Ia memberi isyarat yang menakutkan kepada si dia kerana anda seperti mahu stalk kehidupan peribadinya.
(**)Ketepikan smartphone – Dah tahu first date, janganlah gatal tangan pergi melayan smartphone tu. Unless jika anda sedang menanti sesuatu yang dijangka atau kecemasan. Pastikan smartphone dalam mode vibrate. Jika mahu meletak telefon di atas meja pastikan skrin diterlangkupkan ke bawah supaya perbualan anda tidak terganggu jika anda sebarang notifikasi dari telefon lebih-lebih lagi notifikasi media sosial.
(**)Jika sukakan si dia, pandang tepat pada matanya – Orang kata melalui renungan mata seseorang kita dapat meneka sama si dia suka atau tidak. Tetapi jika anda mengalami masalah yang sukar untuk melakukan pandangan mata, beritahu si dia agar si dia faham akan situasi dan keselesaan anda. Penting untuk mereka ketahuinya agar tidak kelihatan biadab ataupun kurang berkenan akan kelakuannya.
(**)Jangan terlalu personal – Mungkin terlalu awal untuk berkongsi kisah hidup anda secara total. Ingat ini adalah peringkat perkenalan, baru mahu mengenali. Jadi, seeloknya simpanlah cerita-cerita yang terlalu bersifat peribadi. Cukup sekadar bercerita yang perlu saja misalnya hobi anda, kerja, ataupun tentang zaman belajar. First date adalah sesi mengenali pasangan anda secara dasar, tidak perlu tergopoh-gopoh untuk beritahu segalanya.
(**)Jangan terlalu mudah menghakimi – Ia penting untuk anda kekal dengan pendirian dan prinsip, tetapi ia juga penting untuk pastikan minda anda sentiasa terbuka. Sebagai contoh, jika si dia tampil dengan outfit yang kurang menarik, jangan terlalu cepat melatah dengan serta merta. Menghakimi sememangnya normal tetapi jika first date ini membuahkan impression yang kurang memberangsangkan tidak bererti anda perlu meletakkan titik noktah. Semua orang berhak mendapat peluang kedua.
EmoticonEmoticon