Thursday 26 May 2016

TIPS! 14 HELAH BAGAIMANA NAK TENTUKAN JENIS PAKAIAN BERMUTU SEBELUM MEMBELI

Tags


(**)Kadang-kadang kerana jenama, kita semua menjadi buta. Mengaku sahajalah, ramai di antara kita gemar membeli barangan berjenama kerana sangka ianya lebih berkualiti dari barangan yang dijual di kedai-kedai biasa.

(**)Namun sebaliknya, ada juga sesetengah item yang berjenama dibuat dari meterial yang… lebih teruk dari barangan tanpa jenama. Jadi? Bagaimana anda harus menentukan tahap kualiti sesuatu barangan sebelum membeli? Ini tipsnya Wanista ajarkan!

(**)#1 Biasan Cahaya

(**)Lihatlah perbezaan dua meterial sutera ini apabila diangkat menghadap cahaya terang. Jelaslah bahawa, kain yang jarang itu sama sekali nipis dna dibuat dari jenis kain sutera yang murah (tidak berkualiti) berbanding kain sutera yang di sebelahnya. Lebih tebal jenis kain, lebih baiklah ia.

(**)#2 Uji Ketahanan Keromot

(**)Cuba keromotkan kain atau baju yang anda hendak beli itu terlebih dahulu menggunakan genggaman tangan anda selama beberapa saat lalu lepaskannya.

(**)Lihat samada material kain tersebut masih kekal berkedut atau telah beransur pulih seperti permukaan sediakalanya.

(**)Jika kedutan beransur hilang bermakna material pakaian tersebut adalah tiptop!

(**)#3 Tarik & Regangkan Material

(**)Secara lembut, cuba tarik dan regangkan material pakaian berkenaan, terutamanya di bahagian penhujung seluar, skirt, baju mahupun dress.

(**)Lihat samada bentuknya masih kekal mahupun ia telah menjadi lebar. Jika bentuknya berubah, baik anda simpan sahaja hasrat anda untuk terus membeli pakaian tersebut.

(**)#4 Cuba Berbelanja Di Bahagian Lelaki

(**)Pakaian yang nipis menjadi trend pemakaian fesyen masa kini! Oleh itu, ramai pereka yang mengambil peluang untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan material yang ‘tidak seberapa’ untuk dijadikan item fesyen/pakaian.

(**)Jadi, apabila anda mahu membeli baju-T yang tidak jarang, anda boleh berkunjung ke bahagian pakaian lelaki di mana-mana gedung membeli-belah kerana kebanyakkan baju lelaki memiliki kualiti yang tinggi!

(**)Bahkan, lazimnya baju lelaki direka polos dan tidak mempunyai banyak perincian dan cetakan corak seperti baju wanita, sekaligus ianya dijual dengan murah. Yup! Lebih murah dari pakaian wanita.

(**)#5 Jahitan Kancing Zip

(**)Jika kancing zip dijahit di bahagian luar tanpa sebarang kelim di bahagian luarnya, bermakna ianya tidak berkualiti. Ianya juga kelihatan murah!

(**)Pakaian yang mahal dan berkualiti akan dijahit secara terperinci dan kemas. Pastikan kancing zip disertai saku rok (placket) yang berfungsi menutup kewujudan zip pada satu-satu pakaian.

(**)#6 Kelim Boleh Laras

(**)Bagi mereka yang tinggi, membeli pakaian yang bersesuaian dengan ketinggian kadang-kalanya merumitkan.

(**)Oleh itu, pastikan pakaian pilihan anda mempunyai jahitan kelim yang bisa dibuka semula terlebih dahulu sebelum membeli sebagai persedian, kalau-kalau pakaian berkenaan terlalu pendek untuk anda si tinggi lampai. Ia memudahkan anda untuk membuat jahitan kelim semula yang bisa menepati ketinggian anda itu. Yeay! Barulah berkualiti.

(**)#7 Kelim “French” Untuk Seluar Yang Berkualiti

(**)Ya! Seluar juga tidak terlepas dari ujian kualiti ini.

(**)Kelim jenis “French” adalah teknik jahitan kelim yang sering dimanfaatkan oleh para pereka untuk menyempurnakan rekaan pakaian mereka. Ini kerana, kelim jenis ini bisa menyembunyikan penghujung kain yang tidak kemas dibawahnya.

(**)#8 Periksa Untuk Label “Natural Fibre”

(**)“Natural Fibers” atau serat semula jadi seperti sutera, kapas dan benang bulu biri-biri lebih teguh dan tidak mudah lusuh berbanding material sintetik.

(**)#9 Corak & Jahitan Kelim Mesti Selari

(**)Jika nak tahu pakaian anda berkualiti atau tidak, kelim dan cirak pakaian tersebut haruslah selari meskipun telah dipotong dan mempunyai jahitan sambungan (kelim).

(**)#10 Warna Benang Sepadan Dengan Material

(**)Benang yang digunakan untuk menjahit kelim dan setiap perincian yang ada pada pakaian haruslah mempunyai warna yang senada dengan warna asli fabrik. Selain itu, pakaian berkualiti mesti memiliki garisan jahitan lurus serta mempunyai garisan putus-putus yang dekat antara satu-sama lain.

(**)#11 Butang & Lubangnya

(**)Lubang butang yang mempunyai jahitan ketat dikelilingnya menandakan pakaian tersebut mempunyai piawaian yang tinggi!

(**)Dalam masa yang sama, cuba pegang butang dan lihat jika jahitannya kemas dan ketat pada permukaan fabrik. Jika jahitan butang longgar dan seperti mahu tercabut, THUMB’s DOWN!

(**)#12 Regangkan Bahagian Kelim

(**)Pernah anda terfikir mengapa jahitan keim dicelah kangkang anda mudah terkoyak?

(**)Ya, ia disebabkan oleh jahitan kelim yang tidak kemas. Sebelum membeli, cuba regangkan bahagian jahitan kelim secara perlahan. Jika ianya ketat, bermakna pakaian tersebut adalah berkualiti dan jika sebaliknya… Hmm, pakai tak sampai sepuluh kali pun mesti akan koyak gamaknya.

(**)#13 Pelapik

(**)Pelapik atau “lining” yang melengkapi bahagian dalam pakaian adalah terbaik! Sebagai contoh, jaket haruslah mempunyai pelapik serta setiap inci penghujungnya ditempel dengan riben kemasan.

(**)#14 Hasil Jahitan Tangan Tidak Sempurna

(**)Hasil jahitan tangan tidak akan sama seperti jahitan mesin. Jika anda membeli produk mahupun helaian pakaian yang dijahit menggunakan tangan, lazimnya jahitannya akan kelihatan tidak sempurna dan tidak lurus. Walau bagaimanapun, pakaian yang dijahit menggunakan tangan memiliki nilai sentimental yang tersendiri!

(**)Ingat! Beli pakaian yang berkualiti sahaja tau? Barulah berbaloi! Selamat membeli-belah semuanya :)


EmoticonEmoticon