Thursday, 26 May 2016

JOM LANGSING TANPA PERLU ‘IKAT PERUT’!

Tags


(**)“Eh, aku dietlah, tak boleh makan”, “Aku nak body macam Che Ta, so, aku ikat perut hari ini”, “Masa aku remaja, dress ni aku muat, tapi sekarang dah tak muat langsung” – Ini antara sebab anda sanggup berlapar semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan langsing 36-24-36 (ukuran saiz yang sempurna untuk wanita) ala model Victoria’ Secret.

(**)Sudahlah diet, makanan ini ditolak, makanan itu ditolak, hanya makan sayur-sayuran sahaja dari pagi sehinggalah ke malam. Nah, tak perlu semua itu!

(**)Percayalah anda masih boleh langsing tanpa perlu ikat perut dengan tips di bawah ini.

(**)Mulakan hari anda dengan Protein – Menurut penyelidikan di Purdue University, pengambilan protein tanpa lemak seperti putih telur atau yogurt rendah lemak ketika bersarapan akan membuatkan anda kenyang lebih lama berbanding pengambilan itu pada waktu lain. Joan Salge Blake dari klinik nutrisi di Boston University pula menyarankan supaya mengambil protein tanpa lemak sebanyak 30g ketika bersarapan.

(**)Limau Gedang boleh turunkan berat badan – Nutrition and Metabolic Research Center di The Scripps Clinic, San Diego mendapati seseorang yang mengambil separuh limau gedang setiap kali waktu makan boleh menurunkan 1.6kg berat badan dalam tempoh 3 bulan. Selain itu, buah dari jenis limau bali yang berwarna kuning dan oren juga dapat menurunkan kadar hormon insulin yang mengawal gula darah dan metabolisme lemak.

(**)Katakan ya pada Peluh – Penyelidikan yang diterbitkan American Journal of Physiology menjelaskan latihan kardio intensiti tinggi selama 60 minit mampu mengurangkan selera makan sehingga dua jam. Ingin latihan yang maksimum? Lakukan latihan kardio dengan latihan invertal, iaitu latihan dari perlahan kepada laju yang dilakukan berulang kali dan berehat di atara latihan tersebut.

(**)Kentang – Menurut Katherine Beals, associate professor Jabatan Nutrisi di University of Utah, kentang termasuk dalam karbohidrat kompleks yang menghadam makanan dengan lebih lama dan mampu mengurangkan nafsu makan. Cubalah ambil kentang panggang (bukannya kentang goreng) untuk makan malam yang mengandungi 100 kalori.

(**)Kunyah Gula-Gula Getah – Hasil kajian oleh Kathleen Melanson, associate professor nutrisi dari University of Rhode Island, seseorang yang mengunyah gula-gula getah selama satu jam pada waktu pagi akan mengurangkan 67 kalori ketika makan tengahari. Ini kerana gula-gula getah dapat merangsang saraf pada rahang yang berhubung dengan otak yang bertanggungjawab memberi rasa kenyang. Jadi, pilihlah gula-gula getah yang rendah gula dan ia dapat mengurangkan nafsu makan dan juga membakar 11 kalori per jam.

(**)Aroma – Hidu aroma seperti pisang, epal hijau dan vanila. Menurut Alan Hirsch, pengarah neurological di The Smell & Taste Treatment and Research Foundation di Chicago, semakin kerap anda menghidu aroma-aroma ini, semakin banyak penurunan berat berlaku secara semulajadi. Jika tiada produk vanilla, anda boleh nyalakan lilin yang beraroma vanilla di meja makan atau dapur rumah.

(**)Lemak, apa salahnya – Menurut Sari Greaves dari American Dietetic Association, pengambilan lemak tak tepu mestilah tidak melebihi 20% dari jumlah kalori harian. Contohnya, dua sudu makan mentega kacang, 20g kacang atau ¼ buah avokado.


EmoticonEmoticon