(**)“Contact lens” atau kanta lekap adalah sejenis plastik yang berupa anak mata. Ia berfungsi sebagai lapisan yang diletakkan di bahagian tengah permukaan bebola mata untuk memberi efek warna pilihan yang lebih menarik ke atas anak mata, bahkan ia juga boleh digunakan bagi individu rabun yang tidak gemar memakai kaca mata.
(**)Meskipun ia menjadi antara trend solekan dan kecantikan masa kini yang menjadi ikutan ramai, tahukah anda jika tersilap langkah, anda mungkin menghidap radang mata yang digelar KERATITIS. Yup, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan kanta lekap yang dibeli secara murah dari pengedar tidak bertanggungjawab. Ini kerana, stok kanta lekap itu mungkin diambil dari negara yang hebat dalam penghasilan barangan tiruan iaitu China.
(**)Jangan terlalu mengejar kecantikan sehingga diri sendiri yang merana nanti. Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Amerika, terdapat lebih 99% individu yang tidak mengamalkan kebersihan sewajarnya kala menggunakan kanta lekap.
(**)Seiring dengan dunia moden masa kini, dengan adanya bahan rujukan visual dan interaktif yang boleh diperolehi dari Youtube mahupun portal-portal di internet berkenaan trend fesyen serta kecantikan terkini, ramai gadis dan wanita di Malaysia juga telah terkesan sehingga obses mengikut trend. Orang ada mata biru, awak pun nak mata biru. Orang ada mata kelabu, hijau, coklat, ungu, semua awak sibuk nak juga. Jadi, berikut adalah fakta jijik yang mungkin anda hendak tahu berkenaan kanta lekap:-
(**)#1 Kanta Lekap dibuat dari sejenis material plastik!
(**)Dan ada kalanya, ia boleh menjejaskan pengaliran oksigen ke kawasan mata/bebola mata anda. Awas!
(**)#2 Punca Kepada Jangkitan Mata
(**)Kanta lekap boleh menjadi punca utama mengapa mata anda secara tiba-tiba berair mahupun menjadi merah. Itu adalah masalah radang mata yang dipanggil KERATITIS. Bukan itu sahaja, radang mata ini juga boleh mengurangkan daya penglihatan seseorang serta menjadikan penglihatan kabur dari normal. Takutnya… yang lebih mengerikan, ia menyukarkan mata anda untuk dibuka berikutan kesakitan/kepedihan yang dialami.
(**)#3 Cara Menyimpan Kanta Lekap Adalah Salah
(**)Cara penyimpanan yang salah dan tidak bersih boleh meningkatkan risiko jangkitan keratitis sebanyak 6.4%. Jadi, sila tukar larutan air khas yang diletakkan di dalam bekas simpanan kanta lekap setiap hari!
(**)#4 Tidur Dengan Kanta Lekap
(**)Masalah lebih serius akan timbul jika anda tidur dalam keadaan masih memakai kanta lekap. Hati-hati semua!
(**)#5 Air & Kanta Lekap Tidak Mesra
(**)Jangan sesekali dedahkan kanta lekap anda terhadap apa jenis air sekalipun, kecuali air larutan khas untuk diletakkan di dalam bekas simpanannya.
(**)Ini kerana, air biasa tidak bersih dan mempunyai kandungan mikro organisma serta bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Eeeew! Sama juga, jangan sesekali mencuci kanta lekap anda dengan air biasa atau air paip dan adalah tidak wajar untuk anda berenang sehingga ke dasar laut atau kolam ketika masih memakai “contact lens”. Faham?
(**)#6 Terlebih Masa
(**)Tak tahulah individu jenis apa yang terlalu yakin diri sebegini. Jangan tak mengaku, di luar sana, ada ramai orang yang tidak kisah dengan selamba memakai kanta lekap yang sama berulang kali meskipun ia telah melebihi tempoh yang disyorkan oleh pakar mata atau pengeluar kanta lekap tersebut.
(**)Jika anda terus memakai kanta lekap lebih dari masa yang ditentukan, anda sebenarnya tanpa sedar sedang membiak kuman serta bakteria jahat di dalam mata. Geli tak? Sebagai ganjaran, anda akan menghidap KERATITIS seperti di dalam gambar itu. Haaa aiyok, tak tau…
(**)#7 Tidak Tukar Bekas Simpanan
(**)Menurut kajian yang sama tadi, kegagalan untuk anda menukar bekas simpanan sebanyak 6 bulan sekali juga boleh meningkatkan risiko Keratitis sehingga 5.4 kali.
(**)Hati-hati semua! Jika hendak cantik sekalipun, pastikan anda menjaga kebersihan kanta lenkap anda secara rapi okay? Memang nampak perkara ini macam tidak penting, tetapi mata adalah organ kurniaan tuhan yang paling berharga, ingat tu.
(**)Selamat beramal!
EmoticonEmoticon