Thursday 26 May 2016

Labu Bukan Sekadar Makanan Tapi Boleh Jadi Hiasan Unik

Tags


(**)Pakar Bunga Negara, Mohd Azmy Osman berkongsi cara menghias labu dengan menggunakan pokok angin. Pokok angin ini dikenali dengan nama Air Plant atau nama saintifiknya Tillandsia. Tumbuhan ini tidak memerlukan tanah, sebaliknya boleh tumbuh dengan baik jika mendapat siraman air dan udara yang mencukupi.

(**)Selain penggunaan labu, anda juga boleh menggunakan buah nanas, tembikai malah apa saja buah-buahan tempatan yang ada di negara ini. Walau bagaimanapun, anda perlu membuang dan membersihkan isinya agar ia tidak meninggalkan bau.

(**)Hiasan ini bersesuaian untuk diletakkan pada majlis-majlis tertentu yang berkonsep. Modalnya juga tidak begitu mahal, namun apabila ia digubah dan dijual semula nilai kreativiti ini boleh meningkat sehingga RM60-70.

(**)Langkah Demi Langkah

(**)Bahan-bahan
(**)1 buah labu
(**)2 jenis pokok angin
(**)Gunting
(**)Pisau
(**)Pen marker

(**)Langkah 1


(**)Lukis bentuk muka pada permukaan labu

(**)Langkah 2


(**)Toreh ikut lakaran dan buang bahagian yang tidak diperlukan.

(**)Langkah 3


(**)Hasil lakaran yang telah selesai dibentuk.

(**)Langkah 4


(**)Potong bahagian atas labu. Sedikit sahaja.

(**)Langkah 5


(**)Buang isi dan biji labu daripada bahagian atas yang dipotong tadi. Basuh labu yang telah siap dibuang isi agar tidak meninggalkan bau kurang enak.

(**)Langkah 6


(**)Letakkan pokok angin pada bahagian atas hiasan labu. Jika mahu menjaga kesegarannya anda boleh semburkan air pada pokok angin.


EmoticonEmoticon