Thursday 26 May 2016

9 HELAH MUDAHKAN RUTIN BERDANDAN SETIAP PAGI

Tags


(**)Berpakaian kemas telah terbukti mempunyai keupayaan untuk meningkatkan mood dan keyakinan secara keseluruhan. Meninggalkan rumah dalam keadaan yang terurus seperti baju tidak digosok, rambut kusut masai, wajah pucat lesu, semua ini akan menyebabkan anda rasa ‘blah’ sepanjang hari. Jadi, Nothing feels better than looking good!

(**)Tapi, kalau anda tidak mempunyai masa yang cukup, bagaimana pula? Iyelah nak uruskan suami dan anak-anak lagi, sediakan sarapan, kira macam-macam hal mahu dibuat setiap pagi. Nah, jangan bimbang, 9 helah mudahkan rutin berdandan setiap pagi membantu anda.

(**)1. Tidur menggunakan sarung bantal dari fabrik satin, ia boleh mengurangkan masalah “bad hair day” dan rambut lebih mudah diuruskan.

(**)2. Rancang dan sediakan pakaian yang ingin dipakai selama seminggu. Gosok dan gantungkan di satu sudut.

(**)3. Gulung rambut dengan curl thong setiap pagi memang ambil masa yang lama. Go old school. Gulung rambut dengan roller biasa sewaktu tidur ataupun tidur dengan dengan rambut yang ditocang.

(**)4. Jadikan pemakaian krim malam sebagai rutin sebelum tidur. Kulit yang lebih lembap dan bermaya akan membolehkan anda skip banyak langkah bersolek dan tak perlu lagi pakai pelembap keesokan harinya,

(**)5.  Pemakaian krim BB juga lebih efektif dan efisyen. Tak perlu lagi pelembap, concealer, krim tabir suria dan sapuan bedak.

(**)6. saya juga sukakan Nivea In -Shower Skin Conditioner. Tak perlu lagi pakai losyen selepas mandi.

(**)7.  Pastikan semua alat mekap dan kosmetik anda disusun setempat dan mudah dicari.

(**)8.  Sudah lambat untuk bermekap? Pakai gincu merah sahaja, anda masih akan nampak cantik berseri walaupun tak sempat sapukan blusher dan mekap mata yang lain.

(**)9.  Anda juga boleh pertimbangkan untuk tinggalkan alat mekap dalam kereta, sementara menghadap kesesakan lalu lintas, anda masih sempat bersolek.


EmoticonEmoticon