(**)Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang telah memenuhi syarat.
(**)Oleh sebab itu hukum zakat adalah wajib (fardhu) ke atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu.Meninggalkan kewajipan zakat bererti telah meninggalkan salah satu rukun Islam, dan berdosa besar bagi sesiapa yang meninggalkannya.Zakat akan menjadi ubat paling mujarab supaya tidak menjadi hamba dunia dalam kadar yang melampaui batas. Ia akan mengingatkan kita bahwa harta di dunia ini hanyalah adalah sarana dan bukan tujuan hidup kita.Setiap individu yang ingin membayar zakat harus diambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran.
(**)Syarat-syarat tersebut ialah:
(**)ISLAM
(**)Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam saja. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.
(**)MERDEKA
(**)Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
(**)SEMPURNA MILIK
(**)Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
(**)CUKUP NISAB
(**)Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)
(**)CUKUP HAUL
(**)Bermaksud genap setahun yaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangka masa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
(**)NIAT UNTUK BERNIAGA
(**)Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.
EmoticonEmoticon