Sunday, 1 May 2016

6 Manfaat Facial Yang Perlu Anda Tahu

Tags


(**)Fungsinya adalah untuk membuat kulit wajah menjadi lebih bersih dan lembab.


(**)Untuk mendapatkan hasil yang sempurna facial perlu dilakukan secara rutin. Sebaiknya anda mencari seorang facialist atau beautician yang mana dia akan menggunakan peralatan yang bersih ketika merawat wajah anda.



(**)Berikut beberapa manfaat facial.



(**)Membersihkan Kulit Wajah
(**)Setiap hari kulit wajah akan terdedah pada pencemaran dan racun yang terdapat di udara dan juga produk-produk kecantikan. Membersihkan wajah dengan cara biasa seperti yang anda lakukan setiap hari tak akan boleh menanggalkan kotoran yang telah ‘terbenam’ di wajah. Facial secara teratur boleh membuatkan kulit anda kembali bersih dan sihat.



(**)Pengelupasan
(**)Salah satu rangkaian facial adalah pengelupasan kulit. Hal ini bertujuan untuk membuang semua sel kulit mati dan menggantinya dengan kulit yang baru dan sihat.



(**)Nutrisi Buat Kulit
(**)Ketika anda melakukan facial di salon, pori-pori kulit dibuka, kemudian disapukan krim perawatan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih mudah menyerap nutrisi yang terkandung dalam krim tersebut.



(**)Menenangkan Kulit
(**)Ketika facial, kulit muka diberikan urutan-urutan lembut. Ia akan membuat otot-otot di wajah lebih anjal. Kulitpun menjadi lebih relaks, segar dan awet muda.



(**)Menghilangkan Kedutan
(**)Menghilangkan kedutan juga merupakan salah satu manfaat facial jika dilakukan secara teratur. Urutan yang dilakukan ketika facial akan menengangkan kulit-kulit kendur atau mulai berkedut. Urutan dengan khasiat minyak zaitun atau almond juga mampu mencegah timbulnya kedutan.



(**)Mencegah Jerawat
(**)Kebanyakan jerawat tumbuh kerana wajah kotor, selain daripada faktor hormon yang mempengaruhinya. Facial secara teratur mampu membersihkan wajah yang ingin ditumbuhi jerawat. Selain melakukan facial secara rutin, jangan lupa makan buah-buahan yang boleh menyihatkan kulit wajah.


EmoticonEmoticon