Sunday 1 May 2016

Kenali Jenis-Jenis Vitamin Untuk Kulit Kering

Tags


(**)Fungsi vitamin adalah untuk menjaga metabolisme tubuh yang memberikan kesan pada kesihatan kulit.


(**)Merawat diri dalam dalam adalah dengan cara mengambil bahan makanan yang mengandungi vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Keperluan vitamin pada setiap orang juga berbeza, memandangkan jenis kulit setiap orang pun berbeza.Untuk mengetahui jenis vitamin yang diperlukan, anda perlu mengenali jenis kulit anda.



(**)Berikut beberapa jenis vitamin untuk kulit kering yang wajar anda ambil tahu.



(**)Vitamin A
(**)Vitamin A merupakan kunci apabila anda ingin memiliki kulit yang sihat dan cantik. Vitamin ini akan memperbaiki dan memelihara jaringan kulit. Anda yang kekurangan vitamin A, lebih berisiko untuk mengalami masalah kulit kering dan bersisik. Pemakaian losyen kulit yang mengandungi vitamin A akan membantu mengawal jerawat serta mengurangkan kedutan dan garis-garis halus. Anda boleh mendapatkan vitamin A dengan cara menikmati lobak merah dan pelbagai sayuran hijau.



(**)Vitamin B Kompleks
(**)Vitamin ini boleh diperoleh dengan pengambilan oatmeal, pisang dan telur.Vitamin B kompeks mengandungi nutrisi, iaitu biotin yang sangat bagus untuk menjaga pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit serta sel-sel rambut.Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan rambut rosak.



(**)Vitamin C
(**)Vitamin C mampu meningkatkan pengeluaran kolegan yang cukup baik, mengatasi kedutan, memperbaiki tekstur kulit yang pada awalnya kering menjadi lebih lembab dan lembut serta mengurangkan kerosakan kulit. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, anda perlu selalu mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C.



(**)Vitamin E
(**)Vitamin E bagus untuk mengurangkan bekas luka, menjaga kesihatan kulit, keanjalan kulit , kelembutan kulit dan menjaga kulit daripada kerosakan. Anda disarankan menikmati kacang-kacangan, buah zaitun serta bayam yang kaya dengan vitamin E. Untuk perawatan luar, anda juga boleh memakai minyak atau losyen vitamin E untuk disapu pada wajah atau kulit.



(**)Vitamin K
(**)Merupakan vitamin yang cukup bagus untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata atau mata panda dan mampu menyamarkan kedutan. Anda boleh mencari krim atau losyen yang mempunyai kandungan vitamin K ketika mempunyai masalah mata bengkak atau mata panda. Selain pemakaian krim, anda disarankan menikmati sayuran berwarna gelap untuk memenuhi nutrisi vitamin K di dalam tubuh dan kulit.


EmoticonEmoticon