(**)Asparagus tergolong dalam ahli keluarga Lily (Liliaceae) yang meliputi bawang merah dan bawang putih. Manfaat sayur asparagus untuk kesihatan cukup banyak.Asparagus merupakan tanaman tidak berdaun dan boleh tumbuh sehingga 25cm sehari. Sayur asparagus merupakan sumber nutrisi seperti vitamin, mineral dan protein penting.
(**)Sayur asparagus juga kaya dengan vitamin A, B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asam pantotenat), B-6, folik, C, E (alfa-tokoferol) dan K (phylloquinone). Mineral dalam sayur asparagus termasuk zat besi, kalsium, fosfor, magnesium, mangan, zinc, selenium dan potasium. Sayur asparagus sangat rendah kalori tanpa kolesterol dan juga rendah natrium. Di samping itu, sayur asparagus juga merupakan sumber sayur-sayuran yang kaya dengan serat
(**)Berikut beberapa manfaat sayur asparagus yang wajar anda ketahui:
(**)1. Menjaga Kesihatan Jantung
(**)Asparagus mengandungi folic yang penting untuk kesihatan sistem kardiovaskular.Sayur asparagus juga dapat menurunkan kolesterol jahat kerana mengandungi serat, potassium dan asid folic sehingga boleh mengawal kadar tekanan darah dan homosistein darah.Minum sedikit jus asparagus yang telah dicampur dengan madu tiga kali sehari. Ia dikatakan dapat membantu memperkuatkan jantung yang lemah.
(**)2. Jangkitan Saluran Kencing
(**)Sayur asparagus dikatakan memiliki efek anti-urolithiatic yang membantu untuk menyembuhkan jangkitan saluran kencing. Ini adalah kerana dengan adanya sifat diuretik, pengambilan sayur asparagus mendorong frekuensi dan volume membuang air kecil. Perkara ini sangat membantu untuk proses detoks dan menyiram segala racun yang keluar dari tubuh
(**)3. Katarak
(**)Sayur asparagus merupakan sumber vitamin A yang penting untuk menjaga sumber penglihatan atau mata. ini adalah kerana adanya antioksidan, yang akan membantu retina melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas . Dengan adanya asid amino, glutathione pada sayur asparagus juga membantu mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak dan rabun malam.
(**)4. Meredakan Kesakitan Datang Haid
(**)Ekstrak Asparagus efektif untuk meringankan kembung pra-menstruasi. Kehadiran nutrisi penting asparagus akan membantu untuk memerangi depresi, kelelahan dan mengurangi kram saat menstruasi. Asparagus juga membantu dalam mengendalikan kehilangan darah dan menjaga keseimbangan hormon saat menstruasi.
(**)5.Mengatur Kadar Gula Darah
(**)Bagi yang memiliki kadar gula darah yang cenderung tinggi, sebaiknya secara teratur memakan sayur asparagus. Ini adalah kerana dalam sayur asparagus mengandungi vitamin B6 yang dapat membantu menstabilkan gula darah di dalam tubuh.Tetapi bagi yang memiliki kadar gula darah rendah atau menghidap penyakit diabetes, sebaiknya berhati-hati jika ingin memakan sayur asparagus ini.
(**)6. Mencegah Penuaan Semulajadi
(**)Asid folic turut terdapat dalam sayur asparagus. Asid folic mampu membantu melambatkan proses penuaan pada tubuh. Contohnya, asid folic yang terkandung di dalam asparagus dapat membantu melambatkan proses penurunan fungsi kognitif. Selain itu, asid folic di dalam sayur asparagus juga terbukti dapat membantu untuk menjaga keadaan ‘responsive’ pada mental pada orang yang sudah tua.
EmoticonEmoticon