Tuesday 10 May 2016

Asid Folic Bukan Hanya Untuk Ibu Hamil. Anda Juga Perlu Makan!

Tags


(**)Asid folic merupakan salah satu jenis vitamin B yang juga dikenali sebagai ‘folatat aufolacin’.Asid folic sangat penting bagi kesihatan untuk membantu mencegah kecacatan lahir pada janin, membantu tubuh pada ketika proses metabolisme protein, dan membangun sel-sel darah merah yang sihat serta menurunkan kadar ‘homocysteine’ (asid amino yang dapat meningkatkan risiko penyakit jantung).


(**)Keperluan asid folic pada orang dewasa adalah sekitar 400 mikrogram setiap harinya. Untuk mencukupi keperluan harian tersebut anda disarankan mengambilnya dari sumber makanan   yang mengandungi asid folic dan bukannya dari suplemen.Wanita yang sedang hamil disarankan untuk mengambil asid folic lebih banyak pada diet mereka, kerana ia dapat membantu mengurangi risiko kecatatan lahir pada janin yang belum lahir.

(**)Berikut ini beberapa jenis makanan yang mengandungi asid folic :

(**)Sayur-Sayuran &Buah-Buahan

(**)Sayur-sayuran merupakan sumber yang sangat bagus untuk mencukupi keperluan asid folic harian. Sayur-sayuran terutama yang berwarna hijau seperti : bayam, brokoli dan asparagus merupakan sumber utama asid folic. Manakalah buah-buahan yang mengandungi asid folic ialah betik, limau, strawberi dan raspberry. Anda boleh menambahkan buah-buahan ini dalam diet dan mandapatkan manfaat asid folic secara maksimum terutamanya limau. Selain mengandungi vitamin C, juga banyak mengandungi asid folic.

(**)Kacang & Beras

(**)Kacang merupakan salah satu makanan yang mengandung asid folic yang amat disarankan. Antaranya adalah kacang hijau, biji dan bunga matahari. Beras merah, beras hitam dan gandum merupakan jenis makanan yang sangat disarankan untuk ibu hamil kerana kandungan asid folicnya yang cukup tinggi.

(**)Lain-Lain Sumber

(**)Selain sayur-sayuran, buah-buahan, beras dan kacang, masih terdapat beberapa sumber asid folic lainnya yang berasal daripada protein haiwan. Jenis makanan seperti telur, hati lembu dan susu merupakan sumber asid folic yang berasal daripada haiwan.

(**)Info Ekstra!

(**)Meskipun asid folic memiliki banyak kebaikan untuk kesihatan, tetapi pengambilannya jangan berlebihan.

(**)Terlalu banyak pengambilan asid folic boleh mengakibatkan kerosakan saraf atau kekurangan vitamin B12.
(**)Asid folic jugalah jenis vitamin yang sangat sensitif terhadap cahaya, oksigen dan suhu tinggi.


EmoticonEmoticon