Tuesday, 10 May 2016

Kebaikan Air Soya Buat Ibu Mengandung

Tags


(**)Kebaikan Air Soya Untuk Ibu Mengandung Tidak Kurang Hebatnya Dengan Susu Lembu!


(**)Manfaat atau kebaikan air soya buat ibu mengandung sangat baik kerana di dalamnya terdapat pelbagai kandungan nutrisi yang diperlukan oleh ibu mengandung.Di samping itu, air soya juga boleh dijadikan alternatif bagi ibu mengandung yang mempuyai alergi laktosa(lactose intolerant).



(**)Berikut ini beberapa kebaikan air soya buat ibu mengandung. Antaranya…



(**)Sumber Protein
(**)Antara zat protein yang terkandung dalam air soya ialah arginine, lysine, lecithin, glassine, tryptophan, phenylalanine dan threonine. Zat-zat tersebut sangat baik untuk pertumbuhan janin pada ibu mengandung. Di antaranya adalah untuk mengoptimumkan pertumbuhan organ pada janin, memperbaiki jaringan yang rosak, memelihara fungsi organ ibu mengandung sehingga memperkuatkan daya ketahanan tubuh.



(**)Asid Folic
(**)Kandungan asid folic pada air soya membuatkan ia sangat bagus untuk ibu mengandung bagi meningkatkan pertumbuhan sel saraf janin, terutama pada kehamilan trimester 1.



(**)Karbohidrat
(**)Zat ini sangat berguna untuk sumber energi ibu mengandung serta melancarkan sistem pengahdaman. Ia sangat penting bagi ibu mengandung kerana akan mempengaruhi perkembangan janin.



(**)Lain-Lain Zat
(**)Selain beberapa zat di atas, kebaikan susu soya untuk untuk ibu mengandung dapat diperoleh dari kandungan vitamin yang ada pada biji soya, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin B1 dan vitamin E. Vitamin-vitamin tersebut bermanfaat untuk menjaga fungsi mata, pertumbuhan tulang janin, menghasilkan energi sehingga mencegah keguguran.



(**)Sumber Kalsium
(**)Air soya mengandungi kalsium sehingga dapat membantu perkembangan tulang pada janin.



(**)Sumber Isoflavon
(**)Air soya juga mengandungi isoflavon yang berfungsi mempercepatkan metabolisme, memperkuat daya ketahanan tubuh, meningkatkan fungsi kognitif dan sebagainya yang baik untuk ibu mengandung.


EmoticonEmoticon