(**)Keguguran adalah salah satu perkara yang tidak diinginkan oleh pasangan suami isteri. Bahkan ia juga merupakan hal paling ditakuti oleh setiap wanita mengandung yang sememangnya mahu menimang cahaya mata.
(**)Banyak punca yang boleh menyebabkan keguguran berlaku. Sepanjang 14 minggu tempoh pertama kehamilan, banyak organ penting terbentuk. Jadi, sebab itulah mana-mana wanita yang mengandung perlu berjaga-jaga kerana 80% keguguran sering terjadi pada trimester pertama.
(**)Seandainya sudah ditakdirkan, anda mengalami keguguran, moga-moga anda terus tabah, cekalkan hati dan segera bangkit sama ada daripada segi psikologi mahupun fizikal.Secara psikologi, wanita yang baru sahjaa mengalami keguguran perlu bertenang serta mendapat sokongan kuat daripada suami, keluarga dan orang-orang di persekitarannya. Manakala dari segi fizikal pula diperlukan bagi pemulihan kesihatan tubuh setelah keguguran.
(**)Tahukah anda ada beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh wanita setelah keguguran. Ia sangat penting supaya tubuh anda boleh kembali bersiap sedia untuk mengandung lagi. Bagi anda yang pernah keguguran, jangan takut untuk mengandung lagi, dan pastikan tubuh anda benar-benar sudah bersedia untuk menerima kehamilan lagi sehingga kemungkinan terjadi komplikasi pada kehamilan pada kali ini akan sedikit.
(**)Berikut beberapa beberapa jenis makanan yang harus dihindari oleh wanita setelah mengalami keguguran.
(**)Makanan Segera
(**)Makanan segera seperti ‘junk food’ dan ‘fast food’ banyak mengandungi kalori. Dengan pengambilan makanan tersebut akan terjadi penggumpulan kalori. Inilah yang akan melambatkanproses penyembuhan setelah keguguran.
(**)Minuman Berkafein & Alkohol
(**)Kafein dan alkohol sememangnya tidak baik untuk kesihatan rahim. Jadi, dalam tempoh pemulihan setelah keguguran, sebaiknya anda tidak menjaah kopi, minuman bersoda ataupun beralkohol.
(**)Makanan Yang Mengandungi Zat Kimia
(**)Hindari pengambilan makanan-makanan yang mengandungi mengandung zat pengawet, penambah rasa serta pewarna. Zat kimia tersebut jika masuk ke dalam tubuh akan mempengaruhi kesihatan dan memberikan efek buruk terhadap proses penyembuhan tubuh setelah keguguran.
(**)Makanan Pedas
(**)Makanan pedas yang mengandungi cili ataupun serbuk kari dapat mengganggu kesihatan perut dan saluran penghadaman. Dengan gangguan kesihatan tersebut, ia akan menganggu penyerapan nutrisi dalam tubuh sehingga memperlambatkan tempoh pemulihan setelah keguguran.
(**)Makanan Tinggi Karbohidrat
(**)Makanan tinggi karbohidrat menghasilkan energi yang kurang efektif. Malahan, ia turut mempengaruhi kesihatan otak dan ginjal. Secara tak langsung, kesihatan anda juga akan terganggu.
(**)Makanan Mentah/ Separuh Masak
(**)Makanan yang diolah secara tidak sempurna, seperti dimakan secara mentah ataupun setengah masak, dikhuatiri mengandungi bakteria yang boleh mengganggu kesihatan. Oleh sebab itu, pastikan anda tidak makan telur mentah, ikan mentah, susu yang tidak diproses, daging beku dan sebagainya.
(**)Kesimpulan
(**)Untuk mempercepatkan proses pemulihan setelah keguguran, anda disarankan mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi,tidak merokok serta menghindari stress. Dengan beberapa usaha tersebut, anda pasti lebih bersedia untuk mengandung kembali.
EmoticonEmoticon