Tuesday, 24 May 2016

RESEPI PUDING TRIFLE

Tags


BAHAN KEK SPONGE

(**)200 gram tepung optima (instant cake flour)
(**)3 biji telur gred B
(**)50 gram mentega, cair dan sejukkan
(**)50 ml susu segar
(**)1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :

(**)200 ml susu sejat IDEAL
(**)100 ml air
(**)2 kuning telur
(**)2 camca besar penuh tepung kastard
(**)4 camca besar gula atau secukup rasa
(**)3/4 camca teh esen vanilla


BAHAN JELLY :

(**)1/2 camca teh konnyaku jelly powder
(**)Gula secukup rasa,
(**)500 ml air
(**)1/2 camca teh strawberry emulco
(**)Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :

(**)1 tin besar buah2an koktel, ditoskan..

CARA MEMBUATNYA :

(**)UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

(**)UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

(**)UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gula hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

(**)UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi,
(**)Susun kek dalam bekas..Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur buah koktail. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin


EmoticonEmoticon