Tuesday 24 May 2016

RESIPI SWIRLY CHOCOLATE CHIPS and M & M CHOCOLATE COOKIES with NUTS

Tags


Bahan-bahan ayak :

(**)280 gm (2 1/4 cawan) tepung rose 10 gm (3 tsp) serbuk koko gelap aka dark choc/biasa(nak sedap, pilih yg ader brand can Van Houton ker)
(**)2 Tbsp tepung jagung
(**)1/2 tsp soda bikarbonate
(**)2 Tbsp susu tepung
(**)Secubit garam

Bahan-bahan lain :

(**)250 gm mentega
(**)150 gm gula kastor(100grm gula kastor n 50 gram gula merah pun sedap)
(**)1/2 tsp asen vanilla
(**)1 biji kuning telur
(**)100 gm (1/2 cawan) coklat chip
(**)100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional


Cara-cara :

(**)Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.

(**)Masukkan kuning telur dan pukul rata.

(**)Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

(**)Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar.

(**)Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.

(**)Selepas buat bentuk bebola doh cookie tadi...leperkan...lebih cepat masak..

(**)Kemudian hiaskan biskut anda dengan M & M atau Chocolate Chips

(**)Panaskan oven 150c atau ikut kesesuaian oven anda.

(**)Masukkan cookies dalam oven. Biar dalam 15 ke 20 minit..kalau buat kecil-kecil lagi cepat masak.Selalunya, bila berbau wangi , maknanya cookies dah pun masak.

(**)Masa keluar dari oven, cookies akan lembik, tapi bila di tolak dengan pisau cookies tu bergerak..biarkan sejuk dan ia akan mengeras dgn sendiri..

(**)Kalau masih ada bahagian yg lembik jugak walaupun dah sejuk (selalunya bahagian tengah) masukkan dalam oven lebih kurang 5 minit lagi..


EmoticonEmoticon