Tuesday 24 May 2016

Resepi Puding Roti Istimewa

Tags


BAHAN-BAHAN

(**)4 keping roti
(**)2 biji telur ayam
(**)1 sudu besar butter - cairkan
(**)1/4 cawan gula (equals to 50gram)
(**)235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
(**)1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
(**)kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)

CARA-CARA

(**)1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (saya bakar atas kuali je, takde toaster..huhuhu). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.

(**)2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.

(**)3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.

(**)4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.

(**)5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.

(**)6. Angkat, hidang dan ngap..hehehe.. Sedap di makan begitu sahaja, nak lagi besh boleh makan dengan aiskrim vanilla ataupun vanilla sause.. Yang vanilla sauce ni lain entri..muahaha.. Selamat mencuba..


EmoticonEmoticon