Thursday 12 May 2016

Resepi Keropok Lekor Terengganu

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(**)12 ekor ikan kembong/selayang
(**)½ cawan tepung sagu
(**)Garam secukup rasa

Bahan Sos –

(**)Cili yang dikisar
(**)Air asam jawa
(**)Gula Melaka
(**)Tepung jagung
(**)Garam, gula, dan cuka

Cara Membuatnya ialah:

(**)1. Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja. Masukkan isi ikan tadi dan blend/tumbuk sehingga lumat atau hancur.

(**)2. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah hancur itu ke dalam besen dan campurkan garam, gula serta tepung sagu.

(**)3. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.

(**)4. Kemudian, masukkan kedalam periuk yang airnya sedang mendidih. Rebus sehingga masak.Jika keropok timbul, itu menandakan ia telah masak.

(**)5. Selain daripada merebus, keropok juga boleh digoreng terus dengan menggunakan minyak banyak.

(**)6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama-sama dengan sos keropok yang telah dibuat khas untuknya.

Cara Membuat Sos –

(**)1. Masukkan air ke dalam periuk dengan api yang perlahan. Selepas itu masukkan cili yang sudah di blend, gula melaka dan air asam jawa.

(**)2. Bila sudah mendidih, masukkan garam, gula dan cuka. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.


EmoticonEmoticon