Bahan-Bahannya ialah:
(**)300 gram daging batang
(**)1 biji timun saiz kecil
(**)5 biji bawang merah – hiris
(**)2 kuntum bunga kantan – hiris halus
(**)1 batang serai – ambil bahagian putih, hiris halus
(**)5 biji cili padi, hiris halus
(**)2 helai daun limau purut muda – hiris halus
(**)4 camca besar pati santan
(**)5 -6 biji limau kasturi – perah jusnya
(**)Gula secukup rasa
(**)Sos ikan secukupnya
Bahan Tumbuk Halus –
(**)2 biji cili merah
(**)4 biji cili padi
(**)1 inci belacan – dibakar
Cara Membuatnya ialah:
(**)1. Daging direbus bersama sedikit garam hingga lembut, sejukkan dan potong kecil, isi dalam bekas. Timun belah 4, buang empulur dan hiris serong nipis setiap belahan. Ketepikan.
(**)2. Dalam satu bekas besar, satukan daging, timun dan semua bahan di atas kecuali jus limau kasturi, garam dan gula serta santan. Gaul semua hingga rata, masukkan santan dan gaul lagi.
(**)3. Tambah sos ikan dan gula secukup rasa serta jus limau kasturi, ikut tahap masam mana yang anda suka. Biar sekejap dan hidangkan.
EmoticonEmoticon