Bahan Span Joconde
(**)60 g mentega cair (unsalted)
(**)6 biji putih telur
(**)2 sudu besar gula pasir
(**)2 cawan tepung almond/almond kisar
(**)2 cawan gula aising
(**)6 biji telur(kita just buh kuning telur je)
(**)1/2 cawan tepung serbaguna (kita guna plain flour)
(**)1. Panaskan oven 220 C, alaskan loyang 12 1/2 x 15 1/2 in
(**)2. Pukul putih telur dgn gula pasir hingga gebu
(**)3. Dlm bekas lain, satukan tpg almond, gula aising dan telur...pukul selama 3 min dgn kelajuan sederhana. Masukkan tepung dan gaul sebati
(**)4. Satukan putih telur dlm adunan tadi sikit demi sikit, kemudian tuangkan mentega cair, gaul sebati
(**)5. Tuangkan dlm loyang dan bakar selama 10 minit/hingga masak. Setelah sejuk, potong menjadi 3 keping
Bahan Sirap Kopi
(**)1/2 cawan air
(**)1/3 cawan gula pasir
(**)1 1/2 sudu besar serbuk kopi
(**)1. Satukan kesemua bhn dan didihkan. Biarkan sejuk (kita bancuh je ngan air panas)
Bahan Krim Mentega Kopi
(**)2 sudu besar serbuk kopi segera (3 dlm 1)-kita guna 1 sudu besar serbuk nescaffe
(**)2 sudu besar air panas
(**)1 biji telur
(**)1 biji kuning telur
(**)1 cawan gula
(**)1/4 cawan air
(**)1/2 sudu kecil esen vanilla
(**)200 g mentega (unsalted)
(**)1. Satukan serbuk kopi segera dgn air panas. Ketepikan
(**)2. Dlm bekas lain pukul telur dan kuning telur hingga gebu. Ketepikan
(**)3. Dlm periuk satukan gula, air dan esen vanilla dan didihkan. Sejukkan
(**)4. Tuangkan adunan no. 3 dlm adunan no. 2. Pukul dgn kelajuan sederhana selama 5 min
(**)5. Pukul mentega dlm satu bekas yg lain
(**)6. Satukan kesemua bhn dan pukul hingga gebu. Masukkan dlm bekas, tutup dan masukkan dlm peti sejuk
Bahan Ganache
(**)240 g coklat masakan (cincang kasar)
(**)1/2 cawan susu segar
(**)1/4 cawan heavy cream
(**)60 g mentega (unsalted)
(**)1. Didihkan susu dan heavy cream, angkat lalu masukkan coklat...kacau sebati
(**)2. Pukul mentega hingga gebu dan masukkan dlm adunan coklat. Masuk dlm peti sejuk
Bahan Glaze Coklat
(**)115 g mentega (unsalted)
(**)150 g coklat masakan
(**)1. Satukan kedua2nya dan cairkan secara double boiler
Cara Menyusun Lapisan Kek
(**)1. Lapikkan papan kek ngan kertas surih
(**)2. Letak selapis joconde, sapukan sirap kopi diikuti krim mentega. Sejukkan 10 minit
(**)3. Lapiskan lagi joconde, sirap kopi, diikuti dgn ganache dan kemudian mentega krim
(**)4. Di atasnya letak jaconde, sirap kopi kemudian sejukkan 10 min lagi
(**)5. Sapukan pula krim mentega dan ganache, sejukkan lagi 10 min
(**)6. Akhir sekali sapukan dgn glaze coklat, sejukkan semula sebelum dihidangkan
Secara mudah gambaran lapisan kek
(**)Glaze coklat-lapisan atas sekali
(**)Ganache
(**)Mentega krim
(**)Sirap kopi
(**)Joconde
(**)Mentega krim
(**)Ganache
(**)Sirap kopi
(**)Joconde
(**)Mentega krim
(**)Sirap kopi
(**)Joconde-lapisan bawah
EmoticonEmoticon