Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )
BAHAN A (dalam kek)
(**)5 biji kuning telur
(**)3 biji putih telur
(**)150 gram gula kastor
(**)100 gram tepung hong kong
(**)1 sudu makan ovelet
BAHAN B (dalam kek)
(**)200 gram mentega/butter
(**)3 sudu makan susu pekat
BAHAN UTK BHGN LUAR KEK
(**)300 gram putih telur (8 biji putih telur)
(**)190 gram tepung hong kong
(**)150 gram gula kastor
(**)1 sudu makan ovelet
(**)250 gram butter/mentega (cairkan)
(**)50 ml susu cair
Cara-cara
CARA UTK MEMBUAT DLM KEK
(**)1. Pukul Bahan B hingga sebati.
(**)2. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
(**)3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
(**)4. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
(**)5. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. 6. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
(**)1. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
(**)2. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
(**)3. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
(**)GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci
EmoticonEmoticon