Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
(**)3 cawan tepung gandum
(**)1 cawan air suam kuku
(**)2 sudu besar mentega
(**)6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
(**)3 sudu besar susu pekat manis
(**)1 paket yis (jenama mauripan)
(**)1 biji telur
Cara-cara
(**)Cairkan mentega dan ketepikan.
(**)Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
(**)Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
(**)Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
(**)Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
(**)Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
(**)Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
Bahan sapuan:
(**)Nutella
(**)Nestum
Cara menbuatnya:
(**)Belah donut sampai putus 2,sapu nutella seluruh belahan donut,tabur nestum,tutup donut kembali,sapu di atas permukaan donut dengan nutella dan tabur nestum sehingga merata.rasa donut yang terlazat dengan gabungan nutella dan nestum
EmoticonEmoticon