Bahan-bahan
(**)100 gram tepung gandum
(**)60gram gula
(**)2 biji telur
(**)2 sudu teh madu
(**)Setengah sudu kecil soda bikarbonat
(**)Setengah sudu kecil esen vanilla
(**)Setengah sudu teh minyak masak
(**)50ml susu segar / susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat)
Inti :
(**)inti kacang merah yang manis.Boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry , strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa)
Cara-caranya:
(**)1.Pukul telur dan gula sehingga kembang.
(**)2.Masukkan madu , esen vanilla dan minyak.Kacau sebati.
(**)3.Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Kacau adunan hingga sebati.
(**)4.Masukkan susu cair/susu segar dan kacau sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat)
(**)5.Panas kuali 'non stick'.Tuangkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat.Ketebalan mengikut citarasa.
(**)6.Apabila permukaan bawah adunan telah berwarna keperangan dan permukaan atas pula nampak gelembung seperti buih bolehlah diterbalikkan.Buat hingga adunan habis.
(**)7.Sapukan inti pada sebelah pancake dan tutupkan dengan satu pancake.
EmoticonEmoticon