Resepi Red Velvet Cup Cakes
Bahan A (di ayak bersama)
(**)375gm tepung gandum
(**)20gm serbuk koko
(**)1 tsp baking soda (soda bikabonat)
Bahan B
(**)170gm mentega (suhu bilik)
(**)350gm gula kaster
(**)2 tsp esen vanila
(**)3 biji telur grade A
Bahan C
(**)350ml UHT whiping cream/Yogurt
(**)1 Tbsp cuka/jus lemon
(**)2 1/2 Tbsp pewarna merah
(**)(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)
Topping Cream Cheese
(**)250gm cream cheese (suhu bilik)
(**)80gm gula aising
(**)1 tsp esen vanila
(**)180ml UHT whipping cream
(**)Menghasilkan satu biji kek bersaiz 9" atau 30 biji cupcakes bersaiz sedang
Cara-cara :
(**)1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang/cawan kertas.
(**)2. Satukan bahan A, ketepikan.
(**)3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
(**)4. Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan dahulu.
(**)5. Cream Cheese : Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
(**)6. Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.
(**) Untuk membuat red velvet sandwich, sudukan 1 Tbsp adunan di atas kertas minyak, ratakan dengan belakang sudu menjadi leper dan bulat. Bakar selama 8-10 minit. Letakkan cream cheese di tengah dan tangkupkan.
EmoticonEmoticon