Resepi Biskut Mazola
Bahan-Bahan:
(**) 1 cawan minyak mazola
(**) 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
(**) ½ cawan tepung jagung
(**) ¾ cawan gula halus
(**) 1 cawan kacang tumbuk
(**) 1 sudu teh essen vanilla
(**) (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.
Bahan Untuk hiasan
(**) Kuning telur untuk hiasan
(**) Kacang tumbuk kasar secukupnya
Cara-Cara:
(**)1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
(**)2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
(**)3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
(**)4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
(**)5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
(**)6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
(**)7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
(**)8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.
EmoticonEmoticon