Sunday, 15 May 2016

Resepi Biskut Mellow Brownies

Tags


Bahan-bahan ( 20x20 cm )

(**)70g butter
(**)130g gula halus
(**)2 biji telur
(**)100g tepung gandum
(**)20g serbuk koko
(**)55g walnuts- potong kecil-kecil
(**)1 bar coklat

Cara-cara

(**)1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
(**)2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
(**)3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
(**)4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
(**)5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
(**)6. Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies.
(**)7. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven dan rata-ratakan.
(**)8. Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.


EmoticonEmoticon