(**)Pelbagai cara diet yang boleh buat anda kurus cepat tetapi senaman untuk kurus ini sebaiknya anda berikan perhatian.
(**)Melakukan senaman untuk kurus adalah cara terbaik untuk memiliki bentuk tubuh yang ideal. Lagipun, anda perlu tahu, lemak yang menimbun di perut sebenarnya lebih berbahaya daripada lemak yang ada di bahagian tubuh yang lain.
(**)Jika berat badan anda sudah melebihi daripada had yang sepatutnya, anda perlu mengawal pengambilan makanan serta kena rajin melakukan senaman untuk kurus. Anda yang memiliki berat badan yang berlebihan sebaiknya bersenam sekitar 45 minit sehari, minimum empat hari dalam seminggu. Selain itu, jenis senaman juga menentukan keberhasilan anda untuk menurunkan berat badan.
(**)Berlari merupakan pilihan yang kurang tepat buat anda yang terlebih gemuk! Ini adalah kerana otot orang gemuk akan menahan berat badan. Jika dipaksa untuk berlari, maka sendi-sendi dan otot akan menahan banyak beban. Ia mungkin akan mengakibatkan kecederaan.
(**)Senaman aerobik, senaman low-impact atau berjalan cepat boleh juga menjadi senaman alternatif. Menurunkan berat badan seharusnya bertahap, bukan terlalu drastik. Semakin banyak berat badan yang cuba anda turunkan dalam waktu singkat, maka semakin banyak juga berat badan anda akan bertambah.
(**)Info Ekstra!
(**)Berikut beberapa senaman untuk kurus yang boleh anda sesuaikan dengan bentuk tubuh anda bagi mendapatkan hasil yang baik.
(**)1. Tubuh Kurus
(**)Jika anda memiliki tubuh kurus,tentunya anda sukar untuk mendapatk massa otot. Anda disarankan untuk memilih senaman yang dapat menguatkan otot-otot atau ‘core muscles’ dengan senaman beban selama 45 minit setiap senaman. Selain itu, anda boleh juga melakukan senaman lenturan tubuh seperti pilates, tai chi dan yoga.
(**)2. Tubuh Ramping
(**)Anda beruntung jika memiliki bentuk tubuh jenis ramping. Ini adalah kerana ia lebih mudah membentuknya dengan senaman. Senaman yang tepat adalah ‘circuit training’. Senaman ini mampu meningkatkan denyutan jantung dan meningkatkan metabolisme serta pembakaran lemak ketika sedang beristirahat.
(**)3. Jenis Gempal
(**)Jika anda tersenarai dalam kategori tubuh jenis gempal atau gemuk, anda cenderung mudah kembali gemuk. Ini adalah ekrana massa otot anda tidak dapat bertahan lama dan sukar dibentuk. Pilihan senaman bagi anda tentuknya senaman untuk kurus yang dapat membakar lemak dan mampu membentuk otak. Anda diserankan melakukan senaman kardiovaskular seperti berenang dan berbasikal.
EmoticonEmoticon