Bahan-bahan:
(**)100 gm mentega
(**)70 gm gula perang
(**)60 gm isi kuaci bunga matahari
(**)130 gm tepung biskut (top)
(**)20 gm tepung jagung
(**)1/2 sudu kecil pes vanila mentega (butter vanilla paste)
(**)1/2 sudu kecil garam
(**)1 biji kuning telur yang kecil
(**)1/4 sudu kecil emplex (perangup biskut)
(**)100 gm cip coklat
Cara Menyediakan:
(**)1. Dalam bekas mengadun, satukan mentega, gula perang, pes vanila mentega, garam, kuning telur dan emplex. Kacau hingga bercampur rata.
(**)2. Masukkan kedua-dua jenis tepung, kuaci dan cip coklat. Gaul hingga sebati.
(**)3. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang disapu mentega. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 15 ke 20 minit.
EmoticonEmoticon