Bahan-Bahan:
(**)250 gm mentega
(**)150 gm gula perang
(**)2 biji kuning telur
(**)1 camca teh serbuk kopi dibancuh dengan sedikit air
(**)125 ml santan
(**)80 gm tepung beras 300 gm tepung serba guna
(**)100 gm tepung atta
(**)80 gm serbuk kacang hazel
(**)2 camca teh esen vanila
(**)2 camca teh serbuk penaik
(**)1 biji kuning telur
(**)½ cawan coklat urai
Cara:
(**)Putar mentega bersama gula perang dan kuning telur hingga kembang. Kemudian tuang bancuhan kopi. Putar lagi.
(**)Masukkan santan bersama tepung beras, tepung serba guna, tepung atta, serbuk kacang hazel dan esen vanila. Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh. Canai doh. Terapkan dengan acuan pilihan. Buat hingga habis doh.
(**)Sapu kuning telur ke atas doh dan tabur coklat urai. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 15 minit.
EmoticonEmoticon