Friday, 13 May 2016

Resepi Biskut Jakarta

Tags


Bahan-bahan:

(**)250 gm butter -  jenama Devondale, SCS pun OK jugak. Kalau takde jenama Churn tu pun sedap.
(**)3/4 cwn gula castor
(**)1 -2 sudu lemak sayur - sy letak 1 1/2 je, itu pun dah cukup rangup dah
(**)1 cawan tepung ubi
(**)tepung gandum secukupnya - sy guna low protein flour (khas untuk biskut)

Bahan-bahan inti :

(**)Kelapa kering - saya guna jenama King ( guna 100 gm je, kalau nak lebih kelapa lebihkan sedikit pun takpe)
(**)2 sudu tepung gandum
(**)1/2 cwn gula castor
(**)1 biji putih telur

Bahan hiasan:

(**)Ceri merah atau hijau - ikut suka

Cara2:

(**)1. Pukul seketika butter dan gula. Pukul sekadar ia sebati je.
(**)2. Masukkan lemak sayur dan gaul rata.
(**)3. Masukkan tepung ubi berselang seli ngan tepung gandum.
(**)4. Uli doh hingga tiada tepung yg melekat di mangkuk.
(**)5. Rehatkan doh seketika.
(**)6. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan seperti diatas dan masukkan kedalam paper cup .
(**)7. Untuk inti tadi - pukul putih telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum diikuti dengan kelapa. Gaul rata. Masukkan ke dalam adunan yg telah dibentuk tadi seperti gambar di atas.
(**)8. Bakar pada suhu 150 - 160 c menggunakan api atas & bwh pada 5 minit pertama dan seterusnya api bawah sahaja. Ini untuk mengelakkan kelapa tadi cepat hangus


EmoticonEmoticon