Bahan A :
(**)1 1/2 cawan gula merah
(**)1/2 cawan gula pasir
(**)1 cawan air
(**)2 helai daun pandan, disimpul
(**)(jadikan 2 cawan air gula)
Bahan B :
(**)1 1/2 cawan tepung gandum
(**)1/2 cawan tepung ubi
(**)3 cawan air
(**)2 sudu besar air kapur
Bahan C :
(**)Kelapa parut dicampur sedikit garam
(**)Loyang 9" atau acuan lompang
Cara-cara :
(**)- Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
(**)- Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
(**)- Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis.
(**)- Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam.
(**)- Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.
EmoticonEmoticon